Malaysia legislation
Section 124
Seksyen 124
Peraturan-peraturan berkenaan dengan Tribunal
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—
(a)
menetapkan kewajipan dan kuasa anggota, Setiausaha, dan pegawai dan kakitangan Tribunal;
(b)
menetapkan had jumlah keseluruhan yang berkenaan dengannya suatu award Tribunal boleh dituntut;
(c)
menetapkan tatacara bagi Tribunal;
(d)
menetapkan borang untuk digunakan dalam prosiding di bawah Bahagian ini;
(e)
menetapkan dan mengenakan fi dan memperuntukkan cara bagi pemungutan dan pembayaran fi itu;
(f)
menetapkan kos atau bunga yang terpakai bagi prosiding dalam Tribunal; dan
(g)
menetapkan apa-apa perkara lain bagi penjalanan peruntukan
Bahagian ini yang lebih baik.
Pengurusan Strata 129