Malaysia legislation

Section 125

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 125

(2)

Pesuruhjaya boleh memberi kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan atau pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

(3)

Bilamana pegawai diberi kuasa menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaannya di bawah Akta ini, dia hendaklah apabila diminta menunjukkan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (2).

(4)

Dalam apa-apa kes yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan kuasa itu adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini dan bukan pengurangan baginya.

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran