Malaysia legislation
Section 126
Seksyen 126
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa kepada Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa untuk–
(a)
menggeledah, menyita dan menahan mana-mana buku, daftar, dokumen atau rekod lain;
(b)
memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana-mana buku, daftar, dokumen atau rekod lain yang disita dan ditahan;
(c)
mengambil milikan, dan mengalihkan dari premis itu, mana-mana buku, daftar, dokumen atau rekod lain yang disita dan ditahan; atau
(d)
membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
(3)
Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subsekyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
(4)
Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan seseorang di bawah subseksyen (3) atau seksyen 127
boleh menyita, atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai merupakan peralatan atau keterangan lain bagi kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
(5)
Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
Pengurusan Strata 131
(6)
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau jumlahnya, pemindahan apa-apa buku, daftar, dokumen atau rekod lain yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai yang menyita hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, daftar, dokumen atau rekod lain itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
(7)
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)
atau memindahkan apa-apa buku, daftar, dokumen atau rekod lain yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran