Malaysia legislation
Section 139
Seksyen 139
Perlindungan pemberi maklumat
(2)
Jika mana-mana buku, daftar, dokumen atau rekod lain yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa entri yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua entri sedemikian disembunyikan daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
(3)
Jika dalam sesuatu perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini mahkamah, selepas siasatan penuh tentang kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak kepada prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah di sisi undang-undang bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan yang asal, jika secara bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.
Undang-Undang Malaysia 138
Akta 757
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan