Malaysia legislation
Section 141
Seksyen 141
Jika peruntukan dibuat oleh atau di bawah Akta ini bagi pengenaan suatu penalti harian berkenaan dengan suatu kesalahan berterusan—
(a)
mahkamah yang olehnya seseorang itu disabitkan atas kesalahan asal boleh menetapkan suatu tempoh yang munasabah dari tarikh sabitan bagi orang itu untuk mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh mahkamah;
dan
(b)
jika mahkamah telah menetapkan tempoh itu, penalti harian tidak boleh didapatkan berkenaan dengan mana-mana hari sebelum tempoh itu habis.
Pengurusan Strata 139