Malaysia legislation

Section 143

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 143

(a)

dalam apa-apa prosiding oleh atau terhadap badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari; atau

(b)

dalam apa-apa prosiding lain yang badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar,

Undang-Undang Malaysia 140

Akta 757

mana-mana orang yang diberi kuasa oleh badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari bagi maksud itu boleh, bagi pihak badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari itu, memulakan prosiding itu atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan segala tindakan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari itu.

(2)

Jika semua atau beberapa pemunya petak atau pemilik bagi petak di dalam suatu kawasan pemajuan—

(a)

adalah bersesama berhak untuk mengambil prosiding bagi atau berkenaan dengan harta bersama di dalam kawasan pemajuan itu terhadap mana-mana orang atau boleh diambil apa-apa prosiding terhadap mereka secara bersesama; atau

(b)

adalah bersesama berhak untuk mengambil prosiding bagi atau berkenaan dengan apa-apa harta bersama terhad di dalam kawasan pemajuan itu terhadap mana-mana orang atau boleh diambil apa-apa prosiding terhadap mereka secara bersesama, prosiding itu bolehlah diambil—

(A)

dalam hal perenggan (2)(a), oleh atau terhadap badan pengurusan bersama atau perbadanan pengurusan; atau

(B)

dalam hal perenggan (2)(b), perbadanan pengurusan subsidiari yang dibentuk bagi harta bersama terhad itu, seolah-olah badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah pemunya petak atau pemilik bagi petak yang berkenaan.

(3)

Apa-apa penghakiman atau perintah yang diberikan atau dibuat yang memihak kepada atau menentang badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam mana-mana prosiding yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia adalah suatu penghakiman atau perintah yang diberikan atau dibuat yang memihak kepada atau menentang pemunya petak atau pemilik, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pengurusan Strata 141

(4)

Jika seseorang pemunya petak atau pemilik adalah bertanggungan untuk membuat caruman kepada pemunya petak atau pemilik yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan hutang penghakiman yang timbul di bawah suatu penghakiman yang disebut dalam subseksyen (3), jumlah caruman itu hendaklah dibandingkan dengan hutang penghakiman—

(a)

dalam hal suatu penghakiman atau perintah bagi atau terhadap suatu badan pengurusan bersama atau perbadanan pengurusan, dengan perkadaran yang sama sebagaimana unit syer yang diumpukkan atau unit syer petak bagi pemunya petak atau pemilik yang mula-mula disebut itu yang dibandingkan dengan unit syer agregat; atau

(b)

dalam hal suatu penghakiman atau perintah bagi atau terhadap suatu perbadanan pengurusan subsidiari, dengan perkadaran yang sama sebagaimana yang dikira mengikut seksyen 65.

Penyampaian notis atau perintah

Section 143 — STRATA MANAGEMENT ACT 2013 | mylaw.my