Malaysia legislation
Section 145
Seksyen 145
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya atau pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
Undang-Undang Malaysia 142
Akta 757
(b)
mana-mana pegawai diberi kuasa yang disebut dalam subseksyen 125(2);
(c)
Tribunal, anggota Tribunal, Setiausaha dan pegawai atau kakitangan Tribunal; atau
(d)
mana-mana orang yang diberi kuasa untuk bertindak untuk atau bagi pihak Tribunal, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya, dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948