Malaysia legislation
Section 150
Seksyen 150
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki di bawah
Akta ini untuk ditetapkan;
(b)
mengadakan peruntukan bagi standard penyenggaraan dan pengurusan yang patut berkenaan dengan bangunan, harta bersama atau harta bersama terhad;
(c)
mengadakan peruntukan bagi pembayaran deposit oleh mana-mana orang yang mendirikan atau membina sesuatu bangunan untuk memastikan penyenggaraan dan pengurusan bangunan itu yang sepatutnya dan bagi pelucuthakan deposit itu;
Undang-Undang Malaysia 144
Akta 757
(d)
menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang tidak mematuhi mana-mana peraturan adalah merupakan suatu kesalahan dan memperuntukkan penalti bagi kesalahan itu sama ada melalui denda atau pemenjaraan atau kedua-duanya dengan syarat bahawa apa-apa denda yang diperuntukkan sedemikian tidak boleh melebihi lima puluh ribu ringgit dan tempoh pemenjaraan yang diperuntukkan sedemikian tidak boleh melebihi tiga tahun;
(e)
menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang-borang yang hendaklah digunakan dalam, dan kaedah dan tatacara bagi, mengkompaun kesalahan itu; atau
(f)
mengadakan peruntukan pada amnya bagi pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari di bawah peruntukan
Akta ini.
Kuasa untuk mengecualikan