Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 16

(2)

Apa-apa hak, kuasa atau remedi yang diberikan kepada pemaju di bawah Bahagian ini berkenaan dengan Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas, dan apa-apa aset lain bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas, hendaklah terletak hak pada badan pengurusan bersama pada tarikh habis tempoh pengurusan pemaju, dan badan pengurusan bersama itu hendaklah mempunyai hak, kuasa dan remedi yang sama seolah-olah ia telah pada setiap masa menjadi suatu hak, kuasa atau remedi badan pengurusan bersama itu, termasuk hak berkenaan dengan apa-apa prosiding undang-undang atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa oleh pemaju yang belum selesai sebaik sebelum habis tempoh pengurusan pemaju.

(3)

Apa-apa penghakiman atau award mana-mana timbang tara atau tribunal lain yang diperoleh oleh pemaju berkenaan dengan

Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas dan apa-apa aset lain bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas, dan tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya sebelum habis tempoh pengurusan pemaju boleh dikuatkuasakan oleh badan pengurusan bersama.