Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(a)
jika milikan kosong telah diserahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, tidak lewat daripada dua belas bulan dari permulaan kuat kuasa Akta ini; atau
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 757
(b)
jika milikan kosong diserahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, tidak lewat daripada dua belas bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong sesuatu petak kepada pembeli.
(2)
Badan pengurusan bersama yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.
(3)
Badan pengurusan bersama boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
(4)
Badan pengurusan bersama hendaklah terdiri daripada pemaju dan pembeli.
(5)
Jika perbadanan pengurusan wujud sebelum mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama yang dinyatakan dalam subseksyen (1) diadakan—
(a)
mesyuarat agung tahunan pertama itu tidak dikehendaki untuk diadakan dan tiada badan pengurusan bersama hendaklah ditubuhkan bagi kawasan pemajuan itu; dan
(b)
peruntukan dalam Bahagian V Akta ini hendaklah terpakai bagi kawasan pemajuan itu.
Kewajipan pemaju untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama