Malaysia legislation

Section 18

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 18

(2)

Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(3)

Pemaju hendaklah memberikan suatu notis bertulis mengenai mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama itu kepada semua pembeli tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat itu, dan suatu salinan notis bertulis itu hendaklah dipamerkan di suatu bahagian kawasan pemajuan itu yang mudah dilihat.

Pengurusan Strata 41

(4)

Pemaju hendaklah menyediakan dan membentangkan dalam mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama untuk pertimbangan suatu belanjawan tahunan yang menyatakan dengan secukupnya perbelanjaan yang dijangkakan dan dianggarkan yang dikehendaki untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama yang hendaklah bagi suatu tempoh selama dua belas bulan bermula dari hari pertama bagi bulan berikutan tarikh mesyuarat agung tahunan pertama itu.

(5)

Jika pemaju tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 17(1), Pesuruhjaya boleh melantik mana-mana orang untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama itu dalam masa sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya, dan pemaju hendaklah membayar semua belanja yang dilakukan bagi maksud itu.

Mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama