Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 19

(a)

untuk menentukan bilangan anggota jawatankuasa pengurusan bersama dan untuk memilih anggota jawatankuasa pengurusan bersama;

(b)

untuk menimbangkan belanjawan tahunan yang disediakan oleh pemaju di bawah subseksyen 18(4);

(c)

tertakluk kepada subseksyen 25(2) dan (3), untuk menentukan jumlah yang kena dibayar oleh pemunya petak sebagai

Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas;

(d)

untuk menentukan kadar bunga yang kena dibayar oleh seseorang pemunya petak berkenaan dengan apa-apa pembayaran lewat bagi Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas, oleh pemunya petak itu;

(e)

untuk menimbangkan akaun teraudit yang dinyatakan dalam subperenggan 14(1)(b)(ii);

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 757

(f)

untuk mengesahkan pengambilalihan insurans yang diambil oleh pemaju di bawah Akta ini oleh badan pengurusan bersama;

(g)

untuk membuat undang-undang kecil tambahan; dan

(h)

untuk menimbangkan apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak.

(2)

Jika dalam masa setengah jam selepas masa yang ditetapkan untuk mesyuarat itu tiada pembeli yang berhak untuk mengundi hadir atau semua pembeli yang hadir, atas apa-apa sebab, enggan menjadi anggota jawatankuasa pengurusan bersama, pemaju atau orang yang dilantik oleh Pesuruhjaya untuk mengadakan mesyuarat itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh mesyuarat itu memaklumkan kepada Pesuruhjaya mengenai hakikat itu dan

Pesuruhjaya boleh—

(a)

menetapkan suatu tarikh baru bagi pemilihan jawatankuasa pengurusan bersama itu; atau

(b)

melantik seorang ejen pengurusan di bawah Bahagian VI untuk menyenggarakan atau menguruskan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan itu.

Kewajipan badan pengurusan bersama untuk memaklumkan namanya kepada Pesuruhjaya