Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(a)
untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama, dan menjaganya dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan;
(b)
untuk menentukan dan mengenakan Caj yang kena didepositkan ke dalam akaun penyenggaraan bagi maksud penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama;
(c)
untuk menentukan dan mengenakan caruman kepada kumpulan wang penjelas yang kena didepositkan ke dalam akaun kumpulan wang penjelas bagi maksud membayar perbelanjaan yang sebenar atau yang dijangkakan yang dinyatakan di bawah subseksyen 24(2);
(d)
untuk mengambil insurans mengikut Akta ini atau menginsuranskan terhadap apa-apa risiko lain sebagaimana yang diarahkan oleh pemunya petak melalui ketetapan khas;
(e)
untuk mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berkuasa awam yang berwibawa yang menghendaki pemberhentian apa-apa kacau ganggu ke atas harta bersama, atau yang memerintahkan pembaikan atau kerja lain yang hendaklah dilakukan berkenaan dengan harta bersama itu atau penambahbaikan lain kepada harta bersama itu;
(f)
untuk menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar bagi kesemua pemunya petak bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-Undang-Undang Malaysia 44
Akta 757
petak;
(g)
untuk memastikan bahawa akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh badan pengurusan bersama di bawah
Akta ini diaudit dan untuk menyediakan penyata kewangan teraudit bagi makluman kepada anggotanya;
(h)
untuk menguatkuasakan undang-undang kecil; dan
(i)
untuk melakukan apa-apa benda lain yang suai manfaat atau perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama.
(2)
Kuasa badan pengurusan bersama adalah seperti yang berikut:
(a)
untuk memungut Caj daripada pemunya petak mengikut kadar unit syer yang diumpukkan bagi petak mereka masing-masing;
(b)
untuk memungut caruman kepada kumpulan wang penjelas daripada pemunya petak;
(c)
untuk membenarkan perbelanjaan bagi menjalankan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama;
(d)
untuk mendapatkan daripada mana-mana pemunya petak apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh badan pengurusan bersama berkenaan dengan petak itu dalam mematuhi apa-apa notis atau perintah yang disebut dalam perenggan (1)(e);
(e)
untuk membeli, menyewa atau selainnya memperoleh harta alih bagi kegunaan pemunya petak yang berkaitan dengan penikmatan harta bersama mereka;
(f)
untuk mengambil atau mengatur dan mendapatkan perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk mengusahakan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak;
Pengurusan Strata 45
(g)
tertakluk kepada subseksyen 32(3), untuk membuat undang-undang kecil tambahan bagi penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama; dan
(h)
untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini dan bagi penguatkuasaan undang-undang kecil.
(3)
Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, badan pengurusan bersama tidak boleh membuat apa-apa kontrak yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama di dalam kawasan pemajuan itu bagi apa-apa tempoh yang melebihi dua belas bulan.
(4)
Jika—
(a)
badan pengurusan bersama melakukan apa-apa perbelanjaan atau melaksanakan apa-apa pembaikan, kerja atau perbuatan yang badan pengurusan bersama itu dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah Bahagian ini atau oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk melaksanakan, tanpa mengira sama ada atau tidak perbelanjaan itu dilakukan atau pembaikan, kerja atau perbuatan itu dilaksanakan berikutan daripada penyampaian apa-apa notis atau perintah kepadanya oleh mana-mana
Kerajaan atau pihak berkuasa berkanun; dan
(b)
perbelanjaan atau pembaikan, kerja atau perbuatan yang disebut dalam perenggan (a) dijadikan perlu oleh sebab apa-apa perbuatan yang sengaja atau cuai atau peninggalan oleh pihak, atau pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang kecilnya oleh, mana-mana pemunya petak atau penyewanya, penerima pajak, pemegang lesen atau jemputan, jumlah perbelanjaan apa-apa wang yang dibelanjakan oleh badan pengurusan bersama itu dalam melaksanakan pembaikan, kerja atau perbuatan itu boleh didapatkan olehnya daripada pemunya petak itu sebagai suatu hutang melalui suatu tindakan dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 757
(5)
Keluasan seksyen ini tidak boleh dijejaskan oleh mana-mana peruntukan lain dalam Bahagian ini yang memberikan kuasa kepada atau mengenakan kewajipan ke atas badan pengurusan bersama.
Jawatankuasa pengurusan bersama