Malaysia legislation

Section 22

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 22

(2)

Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi badan pengurusan bersama dan jawatankuasa pengurusan bersama dengan ubah suaian, termasuklah yang berikut:

(a)

sebutan mengenai “perbadanan pengurusan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai badan pengurusan bersama itu;

(b)

sebutan mengenai “jawatankuasa pengurusan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai jawatankuasa pengurusan bersama;

(c)

sebutan mengenai “pemilik” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pemunya petak;

(d)

sebutan mengenai “unit syer” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai unit syer yang diumpukkan;

(e)

penubuhan badan pengurusan bersama dan jawatankuasa pengurusan bersama hendaklah termasuk pemaju;

(f)

pada mana-mana mesyuarat agung, termasuk mesyuarat agung tahunan pertama, dan bagi maksud menentukan kuorum, pemaju hendaklah dikira sebagai satu orang, tanpa mengira bilangan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual; dan

Pengurusan Strata 47

(g)

pada mana-mana mesyuarat agung, termasuk mesyuarat agung tahunan pertama, dan bagi maksud menentukan hak mengundi, pemaju, berkenaan dengan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual, hendaklah mempunyai hak mengundi yang sama sebagaimana hak mengundi seseorang pembeli.

Badan pengurusan bersama hendaklah menubuhkan akaun penyenggaraan