Malaysia legislation

Section 23

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 23

(2)

Akaun penyenggaraan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh badan pengurusan bersama dan hendaklah terdiri daripada—

(a)

semua baki wang dalam akaun penyenggaraan yang dipindahkan oleh pemaju kepada badan pengurusan bersama itu di bawah perenggan 15(1)(a);

(b)

semua atau mana-mana bahagian Caj yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada badan pengurusan bersama itu di bawah Akta ini;

(c)

semua wang yang diperoleh daripada pajakan, sewa atau penggunaan mana-mana harta yang boleh dicaj dengan sah oleh badan pengurusan bersama itu;

(d)

semua wang dan harta lain yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada badan pengurusan bersama itu berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan

(e)

semua wang lain yang diterima dengan sah oleh badan pengurusan bersama itu, termasuk bunga, derma dan amanah.

(3)

Akaun penyenggaraan yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan am atau lazim yang sebenar atau yang dijangkakan yang perlu berkenaan dengan perkara yang berikut:

(a)

menyenggarakan harta bersama dalam keadaan yang baik secara hari ke hari;

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 757

(b)

membayar perbelanjaan yang dilakukan dalam menyediakan perkhidmatan pembersihan bagi harta bersama, perkhidmatan keselamatan dan kemudahan bagi penghuni bangunan;

(c)

membayar apa-apa premium bagi insurans yang diambil di bawah Akta ini atau apa-apa insurans lain yang diluluskan oleh suatu ketetapan khas pada mesyuarat agung;

(d)

mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan dengan pemeriksaan berkala bagi mana-mana bangunan di dalam kawasan pemajuan mengikut cara yang dinyatakan dalam

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974;

(e)

kerja pengecatan yang kecil pada premis harta bersama;

(f)

menjalankan pemeriksaan bagi semua sistem pendawaian elektrik harta bersama itu dan menggantikan atau membaiki mana-mana sistem pendawaian yang rosak, jika ada;

(g)

menjalankan pemeriksaan, penyenggaraan dan pembaikan tangki air utama;

(h)

membayar sewa dan kadar, jika ada;

(i)

membayar apa-apa fi yang dilakukan bagi pengauditan akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh badan pengurusan bersama di bawah Akta ini;

(j)

membayar semua caj yang semunasabahnya dilakukan bagi pentadbiran akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh badan pengurusan bersama di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya;

(k)

membayar saraan atau fi bagi ejen pengurusan yang dilantik di bawah Bahagian VI;

(l)

membayar elaun dan belanja lain bagi anggota badan pengurusan bersama dan anggota jawatankuasa pengurusan bersama mengikut apa-apa kadar yang diluluskan oleh

Pesuruhjaya;

(m)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan perkhidmatan, termasuk pengambilan khidmat pakar runding, fi atau kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan dengan sepatutnya atau diterima oleh badan pengurusan bersama dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; atau

Pengurusan Strata 49

(n)

membayar perbelanjaan lain yang bersifat am atau lazim yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama.

Badan pengurusan bersama hendaklah menubuhkan akaun kumpulan wang penjelas