Malaysia legislation

Section 24

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 24

(2)

Akaun kumpulan wang penjelas hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan modal yang sebenar atau yang dijangkakan berkenaan dengan perkara yang berikut:

(a)

pengecatan atau pengecatan semula mana-mana bahagian harta bersama;

(b)

pemerolehan apa-apa harta alih bagi kegunaan yang berhubungan dengan harta bersama;

(c)

pembaharuan atau penggantian apa-apa lekapan atau lengkapan yang terdapat dalam mana-mana harta bersama;

(d)

menaik taraf dan mengelokkan harta bersama; atau

(e)

apa-apa perbelanjaan modal lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh badan pengurusan bersama.

Pemunya petak hendaklah membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, kepada badan pengurusan bersama