Malaysia legislation

Section 26

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 26

(a)

menyebabkan apa-apa akaun dan rekod akaun disediakan yang akan menjelaskan transaksi akaun dengan secukupnya dan membolehkan kunci kira-kira, penyata pendapatan dan perbelanjaan dan penyata untung rugi yang benar dan adil disediakan bagi tempoh bermula dari mesyuarat agung tahunan pertamanya;

(b)

melantik seorang juruaudit syarikat yang diluluskan untuk menjalankan audit ke atas akaun pada setiap tahun dan akaun itu hendaklah—

(i)

dalam hal jika wang dipindahkan di bawah perenggan 27(2)(a), diaudit sehingga tarikh pemindahan yang sebenar; dan

(ii)

dalam hal jika akaun itu dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan, diaudit sehingga suatu tarikh yang tidak lebih awal daripada tiga bulan sebelum mesyuarat itu;

(c)

memfailkan dengan Pesuruhjaya suatu salinan akaun teraudit yang diperakui benar bersama dengan laporan juruaudit dalam masa empat belas hari daripada pengauditan akaun itu; dan

(d)

membenarkan Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya akses yang penuh dan bebas kepada akaun dan rekod akaun dan untuk membuat salinan atau cabutan bagi akaun dan rekod akaun itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pesuruhjaya hendaklah mempunyai, pada bila-bila masa, hak untuk melantik seorang juruaudit syarikat yang diluluskan untuk menyiasat akaun dan rekod akaun yang dinyatakan dalam subseksyen (1), dan badan pengurusan bersama hendaklah membayar semua perbelanjaan yang dilakukan bagi maksud itu.

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 757

(3)

Badan pengurusan bersama hendaklah memberi Pesuruhjaya atau mana-mana pihak berkuasa awam apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Pesuruhjaya dari semasa ke semasa.

(4)

Penyata, laporan, akaun dan maklumat yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya dari semasa ke semasa.

(5)

Jika badan pengurusan bersama tidak mematuhi subseksyen

(1)

, (2), (3) atau (4), tiap-tiap anggota jawatankuasa pengurusan bersama melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(6)

Dalam prosiding terhadap anggota jawatankuasa pengurusan bersama bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (5), adalah menjadi suatu pembelaan jika anggota itu membuktikan bahawa—

(a)

kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan

(b)

dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Pembubaran badan pengurusan bersama