Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“akaun kumpulan wang penjelas” ertinya suatu akaun yang dikehendaki untuk dibuka dan disenggarakan oleh pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari di bawah seksyen 11, 24, 51, 61 atau 67, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“akaun penyenggaraan” ertinya suatu akaun yang dikehendaki untuk dibuka dan disenggarakan oleh pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari di bawah seksyen 10, 23, 50, 60 atau 66, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Bangunan dan Harta

Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663];

“badan pengurusan bersama” ertinya badan yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;

“bangunan” termasuklah sebahagian daripada sesuatu bangunan;

“bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak” ertinya—

(a)

mana-mana bangunan atau bangunan-bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih di dalam suatu kawasan pemajuan dan dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak, dan mana-mana tanah atas lot yang sama yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak yang akan dipegang di bawah suatu hakmilik strata yang berasingan; atau

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 757

(b)

mana-mana kawasan pemajuan yang mempunyai dua bangunan atau lebih yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak tanah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318];

“bangunan atau tanah yang dipecah bahagi” ertinya suatu bangunan atau tanah sebagaimana yang dipecah bahagi di bawah

Akta Hakmilik Strata 1985;

“bank atau institusi kewangan” ertinya suatu bank atau institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau Akta Bank Islam 1983

[Akta 276], atau dikawal selia oleh Bank Negara di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang disebut dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];

“blok sementara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985;

“Caj” ertinya apa-apa wang yang dipungut untuk didepositkan ke dalam akaun penyenggaraan;

“ejen pengurusan” ertinya seorang yang dilantik oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 86;

“harta bersama”—

(a)

berhubung dengan suatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak, ertinya sebahagian daripada kawasan pemajuan—

(i)

yang tidak terkandung dalam mana-mana petak atau petak yang dicadangkan; dan

(ii)

yang digunakan atau boleh digunakan atau dinikmati oleh penghuni dua atau lebih petak atau petak yang dicadangkan; atau

(b)

berhubung dengan suatu bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, ertinya sebahagian daripada lot—

(i)

yang tidak terkandung dalam mana-mana petak, termasuk mana-mana petak aksesori, atau mana-mana blok sementara yang ditunjukkan dalam pelan strata yang diperakui; dan

Pengurusan Strata 15

(ii)

yang digunakan atau boleh digunakan atau dinikmati oleh penghuni dua petak atau lebih;

“harta bersama terhad” ertinya mana-mana bahagian harta bersama dalam suatu lot—

(a)

yang dikhaskan dalam suatu ketetapan komprehensif yang disebut dalam seksyen 17a Akta Hakmilik Strata 1985

untuk manfaat eksklusif pemilik dua petak atau lebih, tetapi bukan semua petak; dan

(b)

yang baginya suatu perakuan telah dikeluarkan oleh

Pengarah yang memperakui bahawa perbadanan pengurusan subsidiari telah ditubuhkan di bawah Akta Hakmilik

Strata 1985;

“jawatankuasa pengurusan”, berhubung dengan suatu perbadanan pengurusan, ertinya jawatankuasa perbadanan pengurusan yang dipilih di bawah seksyen 56;

“jawatankuasa pengurusan bersama”, berhubung dengan suatu badan pengurusan bersama, ertinya jawatankuasa badan pengurusan bersama yang dipilih di bawah seksyen 22;

“jawatankuasa pengurusan subsidiari”, berhubung dengan suatu perbadanan pengurusan subsidiari, ertinya jawatankuasa perbadanan pengurusan subsidiari yang dipilih di bawah seksyen 63;

“juruaudit syarikat yang diluluskan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“juruukur tanah berlesen” ertinya seseorang juruukur yang dilesenkan di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958

[Akta 458];

“kawasan pemajuan”—

(a)

berhubung dengan suatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak, ertinya mana-mana tanah yang di atasnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak itu dimajukan atau sedang dalam pemajuan atau dicadangkan untuk dimajukan; dan

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 757

(b)

berhubung dengan suatu bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, ertinya mana-mana tanah beri hakmilik yang dipegang sebagai satu lot di bawah hakmilik muktamad

(sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah)

yang di atasnya bangunan atau tanah yang dipecah bahagi itu dimajukan;

“kawasan pihak berkuasa tempatan” ertinya mana-mana kawasan di dalam suatu Negeri yang diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa

Negeri sebagai kawasan pihak berkuasa tempatan mengikut seksyen 3

Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

Negeri;

“ketetapan khas” ertinya suatu ketetapan yang diluluskan dalam suatu mesyuarat agung yang diadakan dengan sewajarnya yang mengenainya notis sekurang-kurangnya dua puluh satu hari yang menyatakan ketetapan yang dicadangkan itu telah diberikan, dan diputuskan oleh suatu majoriti yang terdiri daripada tidak kurang daripada tiga perempat daripada undi yang sah yang dibuat pada mesyuarat agung itu secara mengangkat tangan, atau sekiranya suatu pengundian dituntut dan diambil, oleh suatu majoriti yang terdiri daripada tidak kurang daripada tiga perempat undi yang sah yang dibuang pada pengundian itu;

“ketetapan komprehensif” ertinya suatu ketetapan yang—

(a)

dipertimbangkan dalam suatu mesyuarat agung perbadanan pengurusan yang diadakan dengan sewajarnya yang mengenainya notis sekurang-kurangnya tiga puluh hari yang menyatakan ketetapan itu telah diberikan; dan

(b)

pada akhir tempoh enam puluh hari selepas mesyuarat agung dalam perenggan (a) itu diadakan, pada suatu pengundian, jumlah unit syer bagi petak yang baginya undi yang sah dikira untuk ketetapan itu adalah sekurang-kurangnya dua pertiga daripada unit syer agregat petak-petak semua pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan itu pada akhir tempoh itu;

“ketetapan sebulat suara” ertinya suatu ketetapan yang diluluskan dalam suatu mesyuarat agung yang diadakan dengan sewajarnya yang mengenainya notis sekurang-kurangnya dua puluh satu hari yang menyatakan ketetapan yang dicadangkan itu telah diberikan, dan diputuskan oleh tiap-tiap undi yang sah yang dibuat pada mesyuarat agung itu secara mengangkat tangan, atau sekiranya suatu pengundian dituntut dan diambil, oleh tiap-tiap undi yang dibuang pada pengundian itu;

Pengurusan Strata 17

“manfaat eksklusif”, berhubung dengan suatu harta bersama terhad, termasuklah tetapi tidak terhad kepada penggunaan atau penikmatan eksklusif, dan hak caruman dan pendapatan berkenaan dengan, harta bersama terhad itu tetapi tidak termasuk mana-mana kepentingan ketuanpunyaan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerajaan tempatan;

“pelan strata yang diperakui” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985;

“pemaju”—

(a)

berhubung dengan suatu kawasan pemajuan, ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang, dengan apa jua nama yang diperihalkan, yang memajukan mana-mana tanah bagi maksud kegunaan kediaman, komersial atau perindustrian, atau suatu kombinasi bagi kegunaan-kegunaan itu; dan

(b)

berhubung dengan suatu bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, termasuk pemilik asal lot itu sebelum pecah bahagi itu, dan termasuk wasi, pentadbir dan pengganti dalam hakmilik dan pemegang serah hak yang dibenarkan orang atau kumpulan orang itu, dan dalam hal jika orang atau kumpulan orang itu sedang dilikuidasikan, termasuk mana-mana orang atau badan yang dilantik oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa untuk menjadi pelikuidasi sementara atau pelikuidasi;

“pembeli” ertinya pembeli sesuatu petak dan termasuk mana-mana orang atau badan yang telah memperoleh suatu kepentingan sebagai pembeli dalam petak itu atau mana-mana orang atau badan yang pada masa itu didaftarkan sebagai pemunya petak dalam daftar pemunya petak di bawah subseksyen 30(1);

“pemilik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985;

“pemilik asal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 757

“pemunya petak” ertinya pembeli atau pemaju berkenaan dengan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual oleh pemaju itu;

“Pendaftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985;

“Pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985;

“penghuni” ertinya orang yang sebenarnya menduduki atau mengawal petak atau petak tanah, tetapi, dalam hal premis bagi maksud penginapan, tidak termasuk penginap;

“pengurus harta berdaftar” ertinya seseorang pengurus harta yang didaftarkan di bawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta

Tanah 1981 [Akta 242];

“perbadanan pengurusan” ertinya perbadanan pengurusan yang wujud di bawah Akta Hakmilik Strata 1985;

“perbadanan pengurusan subsidiari” ertinya perbadanan pengurusan subsidiari yang diwujudkan di bawah Akta Hakmilik

Strata 1985;

“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Bangunan yang dilantik di bawah subseksyen 4(1), dan termasuk mana-mana Timbalan

Pesuruhjaya dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen 4(1) untuk menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan yang dikenakan ke atas Pesuruhjaya;

“petak”—

(a)

berhubung dengan suatu bangunan yang dicadangkan untuk dipecah bahagi, ertinya satu daripada unit individu yang terkandung di dalam bangunan itu, yang (kecuali dalam hal suatu petak aksesori) akan dipegang di bawah hakmilik strata yang berasingan;

(b)

berhubung dengan suatu tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi, ertinya satu daripada unit individu petak tanah yang akan dipegang di bawah hakmilik strata yang berasingan;

Pengurusan Strata 19

(c)

berhubung dengan suatu bangunan yang dipecah bahagi, ertinya satu daripada unit individu yang terkandung di dalam bangunan itu, yang (kecuali dalam hal suatu petak aksesori) dipegang di bawah hakmilik strata yang berasingan; dan

(d)

berhubung dengan suatu tanah yang dipecah bahagi, ertinya satu daripada unit individu petak tanah yang dipegang di bawah hakmilik strata yang berasingan;

“petak aksesori” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985;

“petak tanah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985;

“pihak berkuasa tempatan”—

(a)

ertinya mana-mana pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan

Tempatan 1976;

(b)

berhubung dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya, ertinya

Perbadanan Putrajaya yang ditubuhkan di bawah Akta

Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536];

(c)

berhubung dengan Wilayah Persekutuan Labuan, ertinya

Perbadanan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta

Perbadanan Labuan 2001 [Akta 609];

(d)

berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960

[Akta 190]; dan

(e)

termasuk mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilantik atau diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk menjalankan dan melaksanakan kuasa dan fungsi yang diberikan dan dikenakan ke atas pihak berkuasa tempatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“Tribunal” ertinya Tribunal Pengurusan Strata yang ditubuhkan di bawah Bahagian IX;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 757

“undang-undang kecil” ertinya undang-undang kecil yang berkuat kuasa berkenaan dengan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, dan harta bersama sebagaimana yang—

(a)

ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 150 bagi mengawal selia kawalan, pengurusan, pentadbiran, penggunaan dan penikmatan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, dan harta bersama; atau

(b)

diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang kecil tambahan yang dibuat di bawah seksyen 32, 70 atau 71;

“unit syer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985;

“unit syer agregat” ertinya—

(a)

berhubung dengan suatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak, jumlah unit syer yang diumpukkan bagi petak-petak atau petak-petak yang dicadangkan, termasuk suatu blok sementara, di dalam suatu kawasan pemajuan; atau

(b)

berhubung dengan suatu bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, jumlah unit syer bagi petak-petak, termasuk suatu blok sementara, sebagaimana yang ditunjukkan dalam daftar strata yang disediakan dan disenggarakan oleh Pendaftar di bawah Akta Hakmilik Strata 1985;

“unit syer sementara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985;

“unit syer yang diumpukkan” ertinya unit syer yang diuntukkan kepada setiap petak yang dicadangkan untuk dipecah bahagi oleh juruukur tanah berlesen pemaju atau dalam hal apabila unit syer tidak diuntukkan sedemikian, ertinya unit syer yang diuntukkan di bawah seksyen 8.

Pengurusan Strata 21

Pentafsiran Akta