Malaysia legislation

Section 30

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 30

(a)

unit syer yang diumpukkan yang diuntukkan kepada setiap petak;

(b)

luas lantai petak yang disebut dalam perenggan (a);

(c)

nama dan alamat tiap-tiap pemunya petak dan jika pemunya petak itu bukan seorang pemastautin Malaysia, alamat di

Malaysia yang pada alamat itu notis boleh disampaikan kepada pemunya petak itu; dan

(d)

nama dan alamat peguam cara yang bertindak bagi pemunya petak dalam penjualan dan pembelian petak itu, jika ada.

(2)

Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 757

(3)

Jika badan pengurusan bersama tidak mematuhi subseksyen (1), tiap-tiap anggota jawatankuasa pengurusan bersama melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

Dalam prosiding terhadap anggota jawatankuasa pengurusan bersama bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (3), adalah menjadi suatu pembelaan jika anggota itu membuktikan bahawa—

(a)

kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan

(b)

dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Hak pemunya petak atau bakal pembeli