Malaysia legislation

Section 31

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 31

Tertakluk kepada pembayaran suatu fi yang tidak melebihi lima puluh ringgit, atas permohonan oleh atau bagi pihak seseorang yang merupakan pemunya petak, atau oleh atau bagi pihak seseorang yang merupakan bakal pembeli, pemaju atau badan pengurusan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mengeluarkan kepada orang itu suatu perakuan yang memperakui—

(a)

jumlah Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, yang kena dibayar oleh pemunya petak;

(b)

masa dan cara pembayaran jumlah apa-apa Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas;

(c)

jumlah, jika ada, tunggakan apa-apa Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, berkenaan dengan petak itu;

(d)

jumlah wang yang terdapat dalam kredit akaun penyenggaraan dan jumlah wang dalam akaun itu yang telah dikomitkan atau dirizabkan bagi belanja yang telah dilakukan oleh pemaju atau badan pengurusan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan;

Pengurusan Strata 57

(e)

jumlah wang yang terdapat dalam kredit akaun kumpulan wang penjelas dan jumlah wang dalam akaun itu yang telah dikomitkan atau dirizabkan bagi belanja yang telah dilakukan oleh pemaju atau badan pengurusan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(f)

jenis pembaikan dan perbelanjaan yang dianggarkan, jika ada, jika pemaju atau badan pengurusan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah melakukan apa-apa perbelanjaan atau hampir melaksanakan apa-apa pembaikan, kerja atau perbuatan yang berkenaan dengannya suatu liabiliti mungkin ditanggung oleh pemunya petak bagi petak itu di bawah mana-mana peruntukan Akta ini.

Undang-undang kecil bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak

Section 31 — STRATA MANAGEMENT ACT 2013 | mylaw.my