Malaysia legislation

Section 32

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 32

(2)

Pemaju semasa tempoh pengurusan pemaju boleh membuat undang-undang kecil tambahan atau membuat pindaan kepada undang-undang kecil tambahan itu, yang selaras dengan undang-undang kecil yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 150, dengan kelulusan Pesuruhjaya.

(3)

Badan pengurusan bersama boleh, melalui suatu ketetapan khas, membuat undang-undang kecil tambahan atau membuat pindaan kepada undang-undang kecil tambahan itu, yang selaras dengan undang-undang kecil yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 150, bagi mengawal selia kawalan, pengurusan, pentadbiran, penggunaan dan penikmatan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama, termasuk kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

langkah-langkah keselamatan dan perlindungan;

(b)

butiran bagi mana-mana harta bersama yang penggunaannya dihadkan;

Undang-Undang Malaysia 58

Akta 757

(c)

pemeliharaan binatang peliharaan;

(d)

tempat letak kereta;

(e)

penutup lantai;

(f)

kawalan sampah;

(g)

tingkah laku;

(h)

garis panduan seni bina dan landskap yang hendaklah dipatuhi oleh semua pemunya petak; dan

(i)

pengenaan denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit terhadap mana-mana pemunya petak, penghuni atau jemputan yang melanggari mana-mana undang-undang kecil.

(4)

Undang-undang kecil tambahan yang dibuat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah mengikat pemaju atau badan pengurusan bersama itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan pemunya petak, dan mana-mana pemegang gadaian atau pemegang serah hak, penerima pajak, penyewa atau penghuni sesuatu petak pada takat yang sama seolah-olah undang-undang kecil tambahan itu—

(a)

telah ditandatangani atau dimeterai oleh pemaju atau badan pengurusan bersama itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan setiap pemunya petak dan setiap pemegang gadaian atau pemegang serah hak, penerima pajak, penyewa atau penghuni itu, masing-masing; dan

(b)

mengandungi waad bersama untuk memerhati, mematuhi dan melaksanakan semua peruntukan undang-undang kecil tambahan itu.

(5)

Pemaju atau badan pengurusan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah—

(a)

menyimpan suatu rekod bagi undang-undang kecil tambahan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;

(b)

apabila menerima permohonan secara bertulis yang dibuat oleh pemunya petak atau seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memohon bagi pihak pemunya petak suatu salinan undang-undang kecil tambahan yang berkuat kuasa, membekalkan kepada pemunya petak itu atau orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh pemunya petak itu, dengan kos yang munasabah, suatu salinan undang-undang kecil tambahan itu; dan

Pengurusan Strata 59

(c)

atas permohonan mana-mana orang yang memuaskan hati pemaju atau badan pengurusan bersama itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahawa dia mempunyai kepentingan yang sepatutnya untuk membuat permohonan sedemikian, menjadikan undang-undang kecil tambahan itu tersedia untuk pemeriksaan.

(6)

Suatu salinan mana-mana undang-undang kecil tambahan yang dibuat oleh pemaju atau badan pengurusan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan apa-apa pindaan bagi mana-mana undang-undang kecil tambahan itu yang sedang berkuat kuasa, yang diperakui sebagai suatu salinan benar di bawah meterai pemaju atau badan pengurusan bersama itu, hendaklah difailkan oleh pemaju atau badan pengurusan bersama itu dengan

Pesuruhjaya—

(a)

dalam hal sekiranya undang-undang kecil tambahan itu dibuat oleh pemaju, dalam masa empat belas hari dari tarikh kelulusan Pesuruhjaya; dan

(b)

dalam hal sekiranya undang-undang kecil tambahan itu dibuat oleh badan pengurusan bersama, dalam masa empat belas hari dari tarikh ketetapan khas diluluskan oleh badan pengurusan bersama yang meluluskan undang-undang kecil tambahan itu.

(7)

Pemaju atau badan pengurusan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau mana-mana pemunya petak adalah berhak untuk memohon kepada mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau Tribunal—

(a)

bagi suatu perintah untuk menguatkuasakan pelaksanaan atau mencegah pelanggaran terhadap, mana-mana undang-undang kecil oleh; atau

(b)

untuk mendapatkan ganti rugi bagi apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang atau harta yang timbul daripada pelanggaran mana-mana undang-undang kecil daripada, mana-mana orang yang terikat untuk mematuhi undang-undang kecil itu.

Undang-Undang Malaysia 60

Akta 757

Mendapatkan jumlah wang sebagai hutang yang kena dibayar kepada badan pengurusan bersama