Malaysia legislation

Section 33

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 33

(2)

Setiap pemunya petak hendaklah bertanggungan di bawah jaminan yang disebut di bawah subseksyen (1) hanya bagi apa-apa kadar wang yang dibayar sedemikian sebagai unit syer yang diumpukkan bagi petaknya yang dibandingkan dengan unit syer agregat.

(3)

Jika mana-mana pemunya petak belum melepaskan atau melepaskan dengan sepenuhnya liabilitinya bagi maksud subseksyen (1), badan pengurusan bersama adalah berhak untuk mendapatkan daripada pemunya petak itu dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya.

(4)

Jika atas sebab ketidakcukupan dana untuk memenuhi jumlah wang yang dijamin di bawah subseksyen (1), badan pengurusan bersama boleh, pada mesyuarat agung tahunan atau pada mesyuarat agung luar biasa, menentukan jumlah yang hendaklah dicarumkan oleh setiap pemunya petak dan memutuskan apa-apa isu atau perkara lain yang berhubungan dengan penyelesaian bagi jumlah wang itu.

Tatacara mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar

Section 33 — STRATA MANAGEMENT ACT 2013 | mylaw.my