Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Pengurusan Strata 61
(2)
Waran penahanan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilaksanakan oleh pemaju atau seseorang anggota jawatankuasa pengurusan bersama atau oleh seseorang yang diambil bekerja secara khusus oleh pemaju atau badan pengurusan bersama untuk melaksanakan waran sedemikian, di hadapan Pesuruhajaya atau seorang pegawai daripada pejabat Pesuruhjaya.
(3)
Jika pemaju atau anggota jawatankuasa pengurusan bersama atau orang yang disebut dalam subseksyen (2) menghadapi kesukaran dalam melaksanakan waran itu, pemaju, anggota atau orang itu boleh mendapatkan bantuan Pesuruhjaya, dan dalam memberikan bantuan itu, Pesuruhjaya boleh meminta bantuan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 757
(4)
Seseorang yang melaksanakan waran itu—
(a)
boleh, pada waktu siang, masuk dengan cara kekerasan ke dalam mana-mana rumah atau bangunan atau mana-mana bahagian rumah atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan waran itu; dan
(b)
hendaklah, sebaik selepas penahanan itu, membuat suatu inventori bagi harta yang ditahan di bawah waran itu dan menyampaikan suatu notis dalam Borang B Jadual
Ketiga kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati memiliki harta itu.
(5)
Mana-mana penyewa, penyewa kecil atau penghuni yang, untuk mengelakkan penahanan atau penjualan harta alih kerana apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada pemaju atau badan pengurusan bersama tidak dibayar oleh pemunya petak, membayar jumlah wang itu boleh—
(a)
jika tiada apa-apa perjanjian bertulis yang berlawanan, menolak jumlah yang telah dibayar sedemikian olehnya daripada sewa yang kena dibayar atau menjadi kena dibayar olehnya kepada pemunya petak itu; dan
(b)
memegang milikan harta itu sehingga jumlah yang telah dibayar sedemikian olehnya dibayar balik sepenuhnya kepadanya sama ada dengan cara penolakan daripada sewa atau selainnya.
(6)
Resit yang dikeluarkan oleh pemaju atau badan pengurusan bersama bagi apa-apa jumlah yang dibayar sedemikian oleh mana-mana penyewa, penyewa kecil atau penghuni itu di bawah subseksyen (5) hendaklah disifatkan sebagai pelepasan penuh bagi jumlah yang sama dengan sewa itu.
(7)
Jika mana-mana orang yang hartanya ditahan mempertikaikan kesahan penahanan itu, dia boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan itu, memohon kepada Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat penahanan itu bagi suatu perintah bagi pelepasan harta itu, dan Mahkamah Majistret, selepas membuat apa-apa siasatan yang perlu, hendaklah membenarkan atau enggan membenarkan perintah itu.
(8)
Jika jumlah wang yang kena dibayar itu tidak dibayar dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan itu, harta yang ditahan itu atau mana-mana bahagian harta yang ditahan itu yang mencukupi untuk menghasilkan jumlah wang itu hendaklah dijual
Pengurusan Strata 63
secara lelong yang dijalankan oleh pemaju atau badan pengurusan bersama di bawah penyeliaan Pesuruhjaya melainkan jika dalam tempoh itu suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (7), yang dalam hal itu, harta itu hendaklah dipegang sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan hendaklah kemudiannya diuruskan sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah
Majistret.
(9)
Jika Mahkamah Majistret enggan membenarkan suatu perintah untuk pelepasan harta itu, dan keputusan Mahkamah Majistret itu dicapai dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan, harta itu tidak boleh dijual sebelum habisnya tempoh itu.
(10)
Walau apa pun subseksyen (8) dan (9), jika harta itu adalah jenis mudah musnah, ia boleh dijual dengan segera, dan dalam hal itu, hasil jualan hendaklah dipegang sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan hendaklah kemudiannya diuruskan sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Majistret.
(11)
Dalam mana-mana hal lain, hasil jualan hendaklah digunakan untuk menjelaskan jumlah wang yang kena dibayar bersama-sama dengan kos penahanan dan penjualan itu, dan apa-apa lebihan dan apa-apa harta yang tidak dijual hendaklah dibayar atau dikembalikan kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati memiliki harta itu.
(12)
Kos penahanan hendaklah termasuk perbelanjaan penyenggaraan ternakan dan penjagaan harta alih.
(13)
Jika apa-apa harta dijual menurut kuasa subseksyen (10)
sebelum habis tempoh empat belas hari dari tarikh penahanan, sebutan dalam subseksyen (7) mengenai suatu “perintah bagi pelepasan harta itu” hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai suatu perintah bagi pelepasan hasil jualan harta itu.
Wang yang tidak dikehendaki untuk kegunaan segera