Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
(a)
milikan kosong bagi sesuatu petak di dalam suatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau di dalam suatu bangunan atau tanah yang dipecah bahagi telah diserahkan oleh pemaju kepada pembeli; dan
(b)
perbadanan pengurusan telah wujud di bawah peruntukan
Akta Hakmilik Strata 1985.
Pengurusan Strata 67
(2)
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pemaju” termasuklah pemilik asal lot tanah yang berhubungan dengan kawasan pemajuan;
“tempoh pengurusan permulaan” ertinya tempoh yang bermula dari tarikh penyerahan milikan kosong suatu petak kepada seseorang pembeli oleh pemaju sehingga satu bulan selepas mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan;
“tempoh permulaan”, berhubung dengan suatu perbadanan pengurusan, ertinya tempoh yang bermula pada hari perbadanan pengurusan itu diwujudkan dan berakhir pada hari terdapatnya pemilik, tidak termasuk pemilik asal lot tanah atau pemaju yang didaftarkan sebagai pemilik petak atau petak-petak atau blok atau blok-blok sementara, yang jumlah unit syernya itu sekurang-kurangnya satu perempat daripada unit syer agregat.
Pengurusan oleh pemaju sebelum mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan
Pemakaian