Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
Kewajipan dan kuasa pemaju untuk menyenggara dan mengurus
(2)
Pemaju hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan dari masa perbadanan pengurusan itu mula wujud sehingga habis tempoh pengurusan permulaan.
Undang-Undang Malaysia 68
Akta 757
(3)
Semasa tempoh pengurusan permulaan, pemaju hendaklah memastikan bahawa suatu kawasan yang berasingan dan berlainan dikhaskan daripada harta bersama bagi kawasan pemajuan itu bagi maksud semata-mata sebagai pejabat pentadbiran bagi menjalankan kewajipan pemaju di bawah Akta ini.
(4)
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)
atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Sekatan semasa tempoh pengurusan permulaan