Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 4

(2)

Pelantikan Pesuruhjaya Bangunan, mana-mana Timbalan

Pesuruhjaya Bangunan dan pegawai lain di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibuat melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3)

Tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khas Pihak Berkuasa

Negeri yang selaras dengan peruntukan Akta ini, Pesuruhjaya hendaklah menjaga pentadbiran Akta ini dan boleh melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan dan boleh menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(4)

Tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khas Pesuruhjaya yang selaras dengan peruntukan Akta ini, apa-apa kuasa yang diberikan dan kewajipan yang akan dilaksanakan oleh Pesuruhjaya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh mana-mana Timbalan

Pesuruhjaya atau pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1).

(5)

Pesuruhjaya boleh, berhubung dengan apa-apa perkara tertentu, mewakilkan secara bertulis semua atau mana-mana kuasanya atau fungsinya di bawah Akta ini, kecuali kuasa pewakilannya, kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai mana-mana pihak berkuasa tempatan.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 757

(6)

Mana-mana pewakilan di bawah subseksyen (5) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Pesuruhjaya dan tidak boleh menghalang Pesuruhjaya daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan itu.