Malaysia legislation

Section 50

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 50

(a)

jika milikan kosong sesuatu petak telah diserahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;

(b)

jika milikan kosong sesuatu petak diserahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dan selepas wujudnya perbadanan pengurusan, pada bila-bila masa sebelum penyerahan milikan kosong itu; atau

(c)

jika milikan kosong sesuatu petak diserahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dan sebelum wujudnya perbadanan pengurusan dan jika tiada badan pengurusan bersama ditubuhkan di bawah subseksyen 17(1), dalam tempoh empat belas hari dari tarikh wujudnya perbadanan pengurusan, tetapi dalam mana-mana hal, sebelum Caj dipungut daripada pemilik mana-mana petak di dalam kawasan pemajuan itu.

(2)

Akaun penyenggaraan hendaklah terdiri daripada—

(a)

semua Caj yang dibayar oleh pemilik kepada perbadanan pengurusan;

(b)

semua atau mana-mana bahagian Caj yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada perbadanan pengurusan di bawah Akta ini;

(c)

semua wang yang didapati daripada penjualan, pelupusan, pajakan atau sewa, atau apa-apa urusan lain dengan apa-apa harta, gadai janji, gadaian, atau debentur yang terletak hak pada atau diperoleh oleh perbadanan pengurusan;

(d)

semua wang dan harta lain yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada perbadanan pengurusan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan

(e)

semua wang lain yang diterima dengan sah oleh perbadanan pengurusan, termasuk bunga, derma dan amanah.

Undang-Undang Malaysia 70

Akta 757

(3)

Akaun penyenggaraan hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan am atau lazim yang sebenar atau yang dijangkakan yang perlu berkenaan dengan perkara yang berikut:

(a)

menyenggarakan harta bersama dalam keadaan yang baik secara hari ke hari;

(b)

membayar perbelanjaan yang dilakukan dalam menyediakan perkhidmatan pembersihan bagi harta bersama, perkhidmatan keselamatan dan kemudahan bagi penghuni bangunan;

(c)

membayar apa-apa premium bagi insurans yang diambil di bawah Akta ini atau apa-apa insurans lain yang diluluskan oleh ketetapan khas dalam mesyuarat agung;

(d)

mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan dengan pemeriksaan berkala bagi mana-mana bangunan di dalam kawasan pemajuan mengikut cara yang dinyatakan dalam

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974;

(e)

kerja pengecatan yang kecil pada premis harta bersama;

(f)

menjalankan pemeriksaan bagi semua sistem pendawaian elektrik bagi harta bersama itu dan menggantikan atau membaiki mana-mana sistem pendawaian yang rosak, jika ada;

(g)

menjalankan pemeriksaan, penyenggaraan dan pembaikan tangki air utama;

(h)

membayar sewa dan kadar, jika ada;

(i)

membayar apa-apa fi yang dilakukan bagi pengauditan akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh perbadanan pengurusan di bawah Akta ini;

(j)

membayar semua caj yang semunasabahnya dilakukan bagi pentadbiran akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh perbadanan pengurusan di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya;

(k)

membayar saraan atau fi bagi ejen pengurusan yang dilantik di bawah Bahagian VI;

Pengurusan Strata 71

(l)

membayar elaun dan perbelanjaan lain bagi anggota jawatankuasa pengurusan mengikut apa-apa kadar yang diluluskan oleh Pesuruhjaya;

(m)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan perkhidmatan, termasuk pengambilan khidmat pakar runding, fi atau kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan dengan sepatutnya atau diterima oleh perbadanan pengurusan dalam pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; atau

(n)

membayar perbelanjaan lain yang bersifat am atau lazim yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama.

(4)

Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)

atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pemaju hendaklah menubuhkan akaun kumpulan wang penjelas atas nama perbadanan pengurusan

Section 50 — STRATA MANAGEMENT ACT 2013 | mylaw.my