Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
(2)
Akaun kumpulan wang penjelas hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan modal yang sebenar atau yang dijangkakan yang perlu berkenaan dengan perkara yang berikut:
(a)
pengecatan atau pengecatan semula mana-mana bahagian harta bersama yang merupakan suatu bangunan atau struktur lain;
(b)
pemerolehan apa-apa harta alih bagi kegunaan berhubung dengan harta bersama;
Undang-Undang Malaysia 72
Akta 757
(c)
pembaharuan atau penggantian apa-apa lekapan atau lengkapan yang terdapat di dalam mana-mana harta bersama dan mana-mana harta alih yang terletak hak pada perbadanan pengurusan;
(d)
menaik taraf dan mengelokkan harta bersama; dan
(e)
apa-apa perbelanjaan modal lain sebagaimana yang disifatkan perlu oleh perbadanan pengurusan.
(3)
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)
atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pemilik hendaklah membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas