Malaysia legislation

Section 52

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 52

(2)

Semasa tempoh pengurusan permulaan, jumlah Caj yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah ditentukan oleh pemaju mengikut kadar unit syer yang diuntukkan kepada setiap petak.

(3)

Jumlah caruman kepada kumpulan wang penjelas yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah suatu jumlah wang yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada Caj.

(4)

Pemilik hendaklah, dalam masa empat belas hari daripada penerimaan notis daripada pemaju, membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, kepada perbadanan pengurusan dan jika apa-apa jumlah wang itu masih tidak dibayar oleh pemilik itu apabila habis tempoh empat belas hari itu, pemaju boleh atas nama perbadanan pengurusan mendapatkan jumlah wang itu mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 78.

(5)

Jika apa-apa jumlah wang masih tidak dibayar oleh pemilik apabila habis tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam subseksyen (4), pemilik itu hendaklah membayar bunga pada kadar sepuluh peratus bagi setiap tahun atas dasar harian.

Pengurusan Strata 73

(6)

Mana-mana pemilik yang tidak berpuas hati dengan jumlah wang yang ditentukan oleh pemaju di bawah subseksyen (2) atau

(3)

boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk suatu kajian semula dan Pesuruhjaya boleh—

(a)

menentukan jumlah wang yang kena dibayar sebagai Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas itu; atau

(b)

mengarahkan pemaju untuk melantik, atas kos dan perbelanjaan pemaju sendiri, seorang pengurus harta berdaftar untuk mengesyorkan jumlah wang yang kena dibayar sebagai Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas, dan mengemukakan suatu salinan laporan pengurus harta berdaftar itu kepada Pesuruhjaya.

(7)

Apabila menerima laporan di bawah perenggan (6)(b),

Pesuruhjaya hendaklah menentukan jumlah wang yang kena dibayar sebagaimana yang difikirkannya adil dan munasabah, dan apa-apa jumlah wang yang ditentukan sedemikian oleh Pesuruhjaya hendaklah disifatkan sebagai jumlah wang yang kena dibayar sebagai Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas.

(8)

Bagi maksud seksyen ini, “pemilik” termasuklah—

(a)

orang yang pada masa itu menerima sewa bagi petak, sama ada sebagai seorang ejen atau pemegang amanah atau penerima, dan yang akan menerima sewa jika petak itu disewakan kepada seorang penyewa;

(b)

pembeli yang akan didaftarkan dengan sewajarnya sebagai seorang pemilik; atau

(c)

pemaju berkenaan dengan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual.

Larangan pemungutan wang bagi penyenggaraan daripada pemilik

Section 52 — STRATA MANAGEMENT ACT 2013 | mylaw.my