Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
Akta 757
(2)
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(3)
Pemaju hendaklah memberikan notis bertulis mengenai mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan kepada semua pemilik tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat itu, dan suatu salinan notis bertulis itu hendaklah dipamerkan di suatu bahagian yang mudah dilihat di dalam kawasan pemajuan itu.
(4)
Pemaju hendaklah menyediakan dan membentangkan dalam mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan untuk pertimbangan suatu belanjawan tahunan yang menyatakan dengan secukupnya perbelanjaan yang dijangkakan dan dianggarkan yang dikehendaki untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama yang hendaklah bagi suatu tempoh selama dua belas bulan bermula dari hari pertama bagi bulan berikutan tarikh mesyuarat agung tahunan pertama itu.
(5)
Jika pemaju tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1),
Pesuruhjaya boleh, atas permohonan seseorang pemilik, melantik seseorang untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan itu dalam masa yang dinyatakan oleh
Pesuruhjaya, dan pemaju hendaklah membayar semua belanja yang dilakukan bagi maksud itu.
Pengurusan Strata 79
Mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan