Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
(a)
untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama dan menjaganya dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan;
(b)
untuk menentukan dan mengenakan Caj yang hendaklah didepositkan ke dalam akaun penyenggaraan bagi maksud penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama;
Undang-Undang Malaysia 80
Akta 757
(c)
untuk menentukan dan mengenakan caruman kepada kumpulan wang penjelas yang hendaklah didepositkan ke dalam akaun kumpulan wang penjelas bagi maksud membayar perbelanjaan yang sebenar atau yang dijangkakan yang dinyatakan di bawah subseksyen 51(2);
(d)
untuk mengambil insurans mengikut Akta ini atau menginsuranskan terhadap apa-apa risiko lain sebagaimana yang diarahkan oleh pemilik melalui ketetapan khas;
(e)
untuk mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berkuasa awam yang berwibawa yang menghendaki pemberhentian apa-apa kacau ganggu ke atas harta bersama, atau memerintahkan pembaikan atau kerja lain yang hendaklah dilakukan berkenaan dengan harta bersama atau penambahbaikan lain kepada harta bersama itu;
(f)
untuk menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar strata bagi bangunan atau tanah yang dipecah bahagi;
(g)
untuk memastikan bahawa akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh perbadanan pengurusan di bawah Akta ini diaudit dan untuk menyediakan penyata kewangan teraudit bagi makluman kepada anggotanya;
(h)
untuk menguatkuasakan undang-undang kecil; dan
(i)
untuk melakukan apa-apa benda lain yang suai manfaat atau perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama.
(2)
Kuasa perbadanan pengurusan adalah seperti yang berikut:
(a)
untuk memungut Caj daripada pemilik mengikut kadar unit syer atau unit syer sementara bagi petak atau blok sementara mereka masing-masing;
(b)
untuk memungut caruman kepada kumpulan wang penjelas daripada pemilik suatu jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada Caj;
(c)
untuk membenarkan perbelanjaan bagi menjalankan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama;
Pengurusan Strata 81
(d)
untuk mendapatkan daripada mana-mana pemilik apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh perbadanan pengurusan berkenaan dengan petak pemilik itu dalam mematuhi apa-apa notis atau perintah yang disebut dalam perenggan (1)(e);
(e)
untuk membeli, menyewa atau selainnya memperoleh harta alih bagi kegunaan oleh pemilik yang berkaitan dengan penggunaan dan penikmatan harta bersama mereka;
(f)
untuk mengambil atau mengatur dan mendapatkan perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk mengusahakan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bagi bangunan atau tanah yang dipecah bahagi;
(g)
tertakluk kepada subseksyen 70(2), untuk membuat undang-undang kecil tambahan bagi penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama;
(h)
untuk meminjam wang yang dikehendaki oleh perbadanan pengurusan dalam menjalankan kuasanya atau melaksanakan kewajipannya;
(i)
untuk menjamin pembayaran balik wang yang dipinjam olehnya dan pembayaran bunga ke atasnya melalui surat cara boleh niaga atau melalui suatu caj bagi Caj yang tidak dibayar kepada akaun penyenggaraan (sama ada telah dikenakan atau tidak), atau melalui gadaian mana-mana harta yang terletak hak padanya atau melalui suatu kombinasi mana-mana cara itu; dan
(j)
untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini dan bagi penguatkuasaan undang-undang kecil.
(3)
Jika perbadanan pengurusan melaksanakan apa-apa pembaikan, kerja atau perbuatan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah Bahagian ini atau oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain untuk melaksanakan, sama ada atau tidak pembaikan, kerja atau perbuatan itu telah dilaksanakan berikutan daripada penyampaian apa-apa notis atau perintah kepadanya oleh mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa berkanun,
Undang-Undang Malaysia 82
Akta 757
tetapi pembaikan, kerja atau perbuatan itu adalah keseluruhannya atau sebahagian besarnya menjadi liabiliti atau tanggungjawab pemilik sesuatu petak sahaja, atau keseluruhannya atau sebahagian besarnya bagi manfaat beberapa petak sahaja, apa-apa wang yang dibelanjakan oleh perbadanan pengurusan dalam menjalankan pembaikan, kerja atau perbuatan itu hendaklah—
(a)
dalam hal jika pembaikan, kerja atau perbuatan itu adalah keseluruhannya atau sebahagian besarnya menjadi liabiliti atau tanggungjawab pemilik sesuatu petak sahaja, boleh didapatkan oleh perbadanan pengurusan itu melalui suatu tindakan dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya secara bersesama dan berasingan daripada—
(i)
pemilik petak yang berkaitan pada masa apabila pembaikan, kerja atau perbuatan itu dilaksanakan;
dan
(ii)
pemilik petak yang berkaitan pada masa apabila tindakan itu dimulakan; atau
(b)
dalam hal jika pembaikan, kerja atau perbuatan itu adalah keseluruhannya atau sebahagian besarnya bagi manfaat beberapa petak sahaja, atau keseluruhannya atau sebahagian besarnya menjadi liabiliti atau tanggungjawab pemilik beberapa petak sahaja, boleh didapatkan oleh perbadanan pengurusan itu melalui suatu tindakan dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan
Tribunal sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya bersesama dan berasingan daripada—
(i)
pemilik setiap petak yang berkaitan pada masa apabila pembaikan, kerja atau perbuatan itu dilaksanakan; dan
(ii)
pemilik setiap petak yang berkaitan pada masa apabila tindakan itu dimulakan.
(4)
Jumlah yang kena dibayar oleh mana-mana pemilik dan bekas pemilik di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan mana-mana petak tidak boleh melebihi kadar hutang unit syer petak itu yang dibandingkan dengan bilangan unit syer bagi kesemua petak.
Pengurusan Strata 83
(5)
Seseorang pemilik sesuatu petak yang bukan pemilik petak itu pada masa pembaikan, kerja atau perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3) dijalankan tidak boleh bertanggungan untuk membayar kepada perbadanan pengurusan apa-apa jumlah yang kena dibayar di bawah subseksyen itu jika dia telah, pada bila-bila masa pada atau dalam masa dua puluh satu hari sebelum tarikh dia memperoleh hakmilik atau kepentingan dalam petak itu, membuat rekuisisi secara bertulis kepada perbadanan pengurusan untuk menanyakan jumlah, jika ada, yang boleh didapatkan oleh perbadanan pengurusan di bawah subseksyen itu berkenaan dengan petak itu, dan perbadanan pengurusan itu telah—
(a)
memperakui bahawa tidak ada jumlah yang boleh didapatkan oleh perbadanan pengurusan itu berkenaan dengan petak itu; atau
(b)
tidak memberikan jawapan kepada rekuisisi itu pada bila-bila masa dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian rekuisisi itu.
(6)
Jika—
(a)
perbadanan pengurusan melakukan apa-apa perbelanjaan atau melaksanakan apa-apa pembaikan, kerja atau perbuatan yang ia dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah Bahagian ini atau oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk melaksanakan, tanpa mengira sama ada atau tidak perbelanjaan dilakukan atau pembaikan, kerja atau perbuatan telah dilaksanakan berikutan dengan penyampaian apa-apa notis atau perintah kepadanya oleh mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa berkanun; dan
(b)
perbelanjaan atau pembaikan, kerja atau perbuatan yang disebut dalam perenggan (a) dijadikan perlu oleh sebab apa-apa perbuatan yang sengaja atau cuai atau peninggalan pada pihak, atau pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang kecilnya oleh, mana-mana orang atau penyewanya, penerima pajak, pemegang lesen atau jemputan, jumlah perbelanjaan apa-apa wang yang dibelanjakan oleh perbadanan pengurusan itu dalam melaksanakan pembaikan, kerja atau perbuatan itu boleh didapatkan oleh perbadanan pengurusan daripada orang itu sebagai hutang melalui suatu tindakan dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal.
Undang-Undang Malaysia 84
Akta 757
(7)
Keluasan seksyen ini tidak boleh dijejaskan oleh mana-mana peruntukan lain dalam Bahagian ini yang memberikan kuasa kepada atau mengenakan kewajipan ke atas perbadanan pengurusan.
Akaun penyenggaraan perbadanan pengurusan