Malaysia legislation

Section 60

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 60

(2)

Akaun penyenggaraan hendaklah terdiri daripada semua wang yang dinyatakan dalam subseksyen 50(2), dan semua wang dalam akaun penyenggaraan itu hendaklah digunakan bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen 50(3).

(3)

Tertakluk kepada seksyen 52, bagi maksud menubuhkan dan menyenggarakan akaun penyenggaraan, perbadanan pengurusan boleh pada suatu mesyuarat agung—

(a)

menentukan dari semasa ke semasa jumlah yang hendak didapatkan bagi maksud yang disebut dalam subseksyen 50(3);

(b)

mendapatkan jumlah yang ditentukan dengan mengenakan

Caj pada pemilik mengikut kadar unit syer atau unit syer sementara petak atau blok sementara mereka masing-masing, dan perbadanan pengurusan boleh menentukan kadar Caj yang berlainan yang hendaklah dibayar berkenaan dengan petak yang digunakan bagi maksud yang berbeza dengan ketara dan berkenaan dengan blok sementara itu; dan

(c)

menentukan jumlah bunga yang kena dibayar oleh pemilik berkenaan dengan pembayaran lewat yang tidak boleh melebihi kadar sepuluh peratus bagi setiap tahun.

(4)

Apa-apa Caj yang dikenakan di bawah subseksyen (3)

berkenaan dengan sesuatu petak hendaklah genap masa dan kena dibayar apabila suatu ketetapan yang memberi kesan sedemikian diluluskan oleh perbadanan pengurusan dan mengikut terma ketetapan itu, dan boleh didapatkan mengikut cara yang dinyatakan

Pengurusan Strata 85

dalam seksyen 78 daripada pemilik petak, atau pengganti dalam hakmilik petaknya itu, atau orang yang pada masa itu menerima sewa bagi petak itu, sama ada sebagai seorang ejen atau pemegang amanah atau penerima, dan yang akan menerima sewa jika petak itu disewakan kepada seorang penyewa.

(5)

Apa-apa Caj yang dikenakan di bawah subseksyen (3)

berkenaan dengan sesuatu blok sementara hendaklah genap masa dan kena dibayar apabila suatu ketetapan yang memberi kesan sedemikian diluluskan oleh perbadanan pengurusan dan mengikut terma ketetapan itu, dan boleh didapatkan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 78 daripada pemilik blok sementara itu atau, jika bangunan yang baginya blok sementara itu adalah berkaitan telah dipecah bahagi, daripada pemilik-pemilik petak di dalam bangunan itu, atau pengganti dalam hakmilik mereka, mengikut kadar unit syer bagi petak mereka masing-masing.

(6)

Bagi maksud subseksyen (5), “pemilik” termasuk seseorang pembeli yang akan didaftarkan dengan sewajarnya sebagai seorang pemilik.

Akaun kumpulan wang penjelas perbadanan pengurusan

Section 60 — STRATA MANAGEMENT ACT 2013 | mylaw.my