Malaysia legislation

Section 61

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 61

(2)

Caruman kepada kumpulan wang penjelas hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen 51(2).

(3)

Tertakluk kepada seksyen 52, bagi maksud menubuhkan dan menyenggarakan akaun kumpulan wang penjelas, jumlah yang kena dibayar oleh pemilik petak atau blok sementara hendaklah suatu jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada

Caj yang dikenakan di bawah subseksyen 60(3), melainkan jika ditentukan selainnya dari semasa ke semasa pada mesyuarat agung bagi perbadanan pengurusan, tetapi caruman kepada kumpulan wang penjelas itu tidak boleh kurang daripada sepuluh peratus daripada Caj.

Undang-Undang Malaysia 86

Akta 757

(4)

Apa-apa caruman kepada kumpulan wang penjelas yang dikenakan di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan sesuatu petak hendaklah genap masa dan kena dibayar apabila suatu ketetapan yang memberi kesan sedemikian diluluskan oleh perbadanan pengurusan dan mengikut terma ketetapan itu, dan boleh didapatkan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 78

daripada pemilik petak, atau pengganti dalam hakmilik petaknya itu, atau orang yang pada masa itu menerima sewa bagi petak itu, sama ada sebagai seorang ejen atau pemegang amanah atau penerima, dan yang akan menerima sewa jika petak itu disewakan kepada seorang penyewa.

(5)

Apa-apa caruman kepada kumpulan wang penjelas yang dikenakan di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan sesuatu blok sementara hendaklah genap masa dan kena dibayar apabila suatu ketetapan yang memberi kesan sedemikian diluluskan oleh perbadanan pengurusan dan mengikut terma ketetapan itu, dan boleh didapatkan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 78

daripada pemilik blok sementara atau, jika bangunan yang baginya blok sementara itu adalah berkaitan telah dipecah bahagi, daripada pemilik-pemilik petak di dalam bangunan itu, atau pengganti dalam hakmilik mereka, mengikut kadar unit syer bagi petak mereka masing-masing.

(6)

Bagi maksud subseksyen (5), “pemilik” termasuklah seorang pembeli yang akan didaftarkan dengan sewajarnya sebagai seorang pemilik.

Kewajipan perbadanan pengurusan berhubung dengan akaun

Section 61 — STRATA MANAGEMENT ACT 2013 | mylaw.my