Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
(2)
Selepas penubuhan perbadanan pengurusan subsidiari bagi harta bersama terhad, perbadanan pengurusan hendaklah mengekalkan kuasanya dan kewajipannya dalam perkara yang berkenaan dengan harta bersama bagi kawasan pemajuan yang tidak dikhaskan sebagai harta bersama terhad.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah—
(a)
tertakluk kepada seksyen 66 dan 67, menubuhkan akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelasnya sendiri bagi perbelanjaan bersama harta bersama terhadnya, termasuk perbelanjaan yang berhubung dengan harta bersama terhadnya;
(b)
menghendaki pemilik petak di bawah perbadanan pengurusan subsidiari untuk membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas;
(c)
menguatkuasakan undang-undang kecil yang berhubungan dengan harta bersama terhadnya; dan
(d)
selainnya mempunyai kawalan, pengurusan dan pentadbiran bagi harta bersama terhadnya.
(4)
Suatu perbadanan pengurusan subsidiari tidak boleh membuat apa-apa kontrak atau membawa guaman atas nama perbadanan pengurusan dan perbadanan pengurusan tidak mempunyai apa-apa liabiliti bagi kontrak yang dibuat atau hutang atau kos guaman yang ditanggung oleh perbadanan pengurusan subsidiari itu.
Undang-Undang Malaysia 90
Akta 757
(5)
Suatu perbadanan pengurusan subsidiari boleh mendapatkan insurans hanya—
(a)
terhadap risiko yang tidak diinsuranskan oleh perbadanan pengurusan; atau
(b)
bagi jumlah yang melebihi jumlah yang diinsuranskan oleh perbadanan pengurusan.
(6)
Bagi maksud subseksyen (5), perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah mempunyai kepentingan yang boleh diinsuranskan yang sama dalam harta bersama terhadnya sebagaimana yang dipunyai oleh perbadanan pengurusan dalam harta bersama.
(7)
Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, perbadanan pengurusan subsidiari bagi mana-mana harta bersama terhad yang terdapat di dalam kawasan pemajuan boleh menguruskan dan menyenggarakan—
(a)
mana-mana harta bersama di dalam kawasan pemajuan yang sama; atau
(b)
apa-apa harta bersama terhad yang lain bagi perbadanan pengurusan subsidiari yang lain di dalam kawasan pemajuan itu, atas terma dan syarat sebagaimana yang dipersetujui antara perbadanan pengurusan subsidiari itu dengan perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Perbelanjaan perbadanan pengurusan subsidiari