Malaysia legislation

Section 65

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 65

Perbelanjaan bagi suatu perbadanan pengurusan subsidiari yang berhubung semata-mata dengan harta bersama terhadnya hendaklah dikongsi, dari semasa ke semasa, oleh pemilik semua petak yang berhak di bawah Bab ini kepada manfaat eksklusif bagi harta bersama terhad itu, dan setiap bahagian caruman petak hendaklah dikira seperti yang berikut:

A x

C

B

Iaitu—

A ialah unit syer suatu petak;

Pengurusan Strata 91

B ialah unit syer agregat semua petak yang berhak kepada manfaat eksklusif bagi harta bersama terhad; dan

C ialah jumlah caruman keseluruhan yang ditentukan oleh perbadanan pengurusan subsidiari sebagai kena dibayar oleh pemilik semua petak yang berhak kepada manfaat eksklusif bagi harta bersama terhad.