Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
suatu jadual petak yang menunjukkan unit syer yang dicadangkan bagi setiap petak atau petak yang dicadangkan dan jumlah unit syer bagi semua petak telah difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah Bahagian ini; dan
(b)
dalam hal mana-mana pemajuan berperingkat, jadual petak yang difailkan dengan Pesuruhjaya menunjukkan kuantum yang dicadangkan bagi unit syer sementara bagi setiap blok sementara.
Pengurusan Strata 23
(2)
Dalam hal mana-mana pemajuan berperingkat, pemaju juga tidak boleh menjual mana-mana petak atau petak yang dicadangkan di dalam mana-mana blok sementara melainkan jika pemaju itu telah memfailkan dengan Pesuruhjaya suatu jadual petak yang dipinda yang menunjukkan pengumpukan yang dicadangkan bagi unit syer sementara di kalangan petak baru dalam blok sementara itu.
(3)
Suatu jadual petak yang difailkan di bawah subseksyen (1) atau jadual petak yang dipinda yang difailkan di bawah subseksyen (2)
hendaklah—
(a)
mengandungi suatu pelan lokasi, pelan tingkat dan pelan tandaan yang disebut dalam seksyen 8a Akta Hakmilik
Strata 1985;
(b)
menunjukkan petunjuk bagi semua petak, semua harta bersama dan semua petak aksesori, dan dalam hal petak aksesori, menyatakan dalam petunjuk itu petak yang petak aksesori itu telah dihubungkaitkan;
(c)
mengandungi suatu perakuan oleh juruukur tanah berlesen pemaju bahawa bangunan atau petak tanah yang ditunjukkan dalam jadual petak atau jadual petak yang dipinda, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh dipecah bahagi di bawah peruntukan Akta Hakmilik
Strata 1985;
(d)
mengandungi suatu perakuan oleh arkitek atau jurutera pemaju bahawa bangunan atau petak tanah yang akan dibina mengikut pelan dan spesifikasi yang diluluskan dan mana-mana pindaan kepada pelan dan spesifikasi di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]
dan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta itu, yang disediakan oleh arkitek atau jurutera pemaju, boleh dipecah bahagi di bawah peruntukan Akta
Hakmilik Strata 1985; dan
(e)
mengandungi apa-apa butiran lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.
(4)
Unit syer yang dicadangkan bagi setiap petak atau petak yang dicadangkan yang ditunjukkan dalam jadual petak yang difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah subseksyen (1), dan pengumpukan
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 757
yang dicadangkan bagi unit syer sementara di kalangan petak dalam suatu blok sementara yang ditunjukkan dalam jadual petak yang dipinda yang difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah subseksyen (2)
hendaklah disifatkan sebagai unit syer yang diumpukkan yang diuntukkan kepada setiap petak bagi maksud Bahagian IV Akta ini, sehinggalah unit syer bagi setiap petak diluluskan oleh Pengarah menurut seksyen 18 Akta Hakmilik Strata 1985.
(5)
Suatu salinan jadual petak atau jadual petak yang dipinda, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang difailkan dengan
Pesuruhjaya di bawah Bahagian ini hendaklah—
(a)
dipamerkan pada setiap masa di suatu kedudukan yang mudah dilihat di dalam mana-mana pejabat dan cawangan pejabat pemaju dan di mana-mana tempat sesuatu penjualan petak dijalankan; dan
(b)
dikemukakan kepada Pengarah dalam apa-apa permohonan bagi pecah bahagi bangunan atau tanah di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985.
(6)
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2)
atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(7)
Mana-mana orang yang—
(a)
dengan diketahuinya membuat atau menghasilkan atau menyebabkan dibuat atau dihasilkan apa-apa perakuan palsu atau fraud yang berupa sebagai mematuhi kehendak perenggan (3)(c) atau (d); atau
(b)
secara cuai membuat atau menghasilkan atau menyebabkan dibuat atau dihasilkan apa-apa perakuan palsu yang berupa sebagai mematuhi kehendak perenggan (3)(c) atau (d), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Pengurusan Strata 25