Malaysia legislation
Section 70
Seksyen 70
(2)
Perbadanan pengurusan boleh, melalui suatu ketetapan khas, membuat undang-undang kecil tambahan atau membuat pindaan kepada undang-undang kecil tambahan itu, yang selaras dengan undang-undang kecil yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 150, bagi mengawal selia kawalan, pengurusan, pentadbiran, penggunaan dan penikmatan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama, termasuk semua atau mana-mana perkara yang berikut:
(a)
langkah-langkah keselamatan dan perlindungan;
(b)
butiran bagi mana-mana harta bersama yang penggunaannya dihadkan;
(c)
pemeliharaan binatang peliharaan;
(d)
tempat letak kereta;
(e)
penutup lantai;
(f)
kawalan sampah;
(g)
tingkah laku;
(h)
garis panduan seni bina dan landskap yang hendaklah dipatuhi oleh semua pemilik; dan
(i)
pengenaan denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit terhadap mana-mana pemilik, penghuni atau jemputan yang melanggari mana-mana undang-undang kecil.
(3)
Undang-undang kecil tambahan yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah mengikat perbadanan pengurusan dan pemilik, dan mana-mana pemegang gadaian, penerima pajak, penyewa atau penghuni sesuatu petak pada takat yang sama seolah-olah undang-undang kecil tambahan itu—
(a)
telah ditandatangani atau dimeterai oleh perbadanan pengurusan itu, dan setiap pemilik dan setiap pemegang gadaian, penerima pajak, penyewa atau penghuni itu, masing-masing; dan
(b)
mengandungi waad bersama untuk memerhati, mematuhi dan melaksanakan semua peruntukan undang-undang kecil tambahan itu.
Undang-Undang Malaysia 94
Akta 757
(4)
Perbadanan pengurusan hendaklah—
(a)
menyimpan suatu rekod bagi undang-undang kecil tambahan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;
(b)
apabila menerima permohonan secara bertulis yang dibuat oleh pemilik atau seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memohon bagi pihak pemilik suatu salinan undang-undang kecil tambahan yang berkuat kuasa, membekalkan kepada pemilik atau orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya itu, pada kos yang munasabah, suatu salinan undang-undang kecil tambahan itu; dan
(c)
atas permohonan mana-mana orang yang memuaskan hati perbadanan pengurusan bahawa dia mempunyai kepentingan yang sepatutnya untuk membuat permohonan sedemikian, menjadikan undang-undang kecil tambahan itu tersedia untuk pemeriksaan.
(5)
Tiada undang-undang kecil tambahan boleh berkuat kuasa—
(a)
untuk melarang atau mengehadkan pemindahan, pemajakan atau gadaian, atau apa-apa urusan lain dengan mana-mana petak sesuatu bangunan atau tanah yang dipecah bahagi; dan
(b)
untuk menghapuskan atau mengubah suai apa-apa isemen yang diwujudkan secara nyata atau tersirat oleh atau di bawah Akta Hakmilik Strata 1985.
(6)
Suatu salinan mana-mana undang-undang kecil tambahan yang dibuat oleh perbadanan pengurusan di bawah subseksyen (2)
dan mana-mana pindaan undang-undang kecil tambahan itu yang sedang berkuat kuasa, yang diperakui sebagai suatu salinan benar di bawah meterai perbadanan pengurusan itu, hendaklah difailkan oleh perbadanan pengurusan itu dengan Pesuruhjaya dalam masa tiga puluh hari dari kelulusan ketetapan khas oleh perbadanan pengurusan yang meluluskan undang-undang kecil tambahan itu.
(7)
Perbadanan pengurusan atau mana-mana pemilik berhak untuk memohon kepada Tribunal atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa—
(a)
bagi suatu perintah untuk menguatkuasakan pelaksanaan, atau mencegah pelanggaran, mana-mana undang-undang kecil oleh; atau
Pengurusan Strata 95
(b)
untuk mendapatkan ganti rugi bagi apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang atau harta yang timbul daripada pelanggaran mana-mana undang-undang kecil daripada, mana-mana orang yang terikat untuk mematuhi undang-undang kecil itu.
Undang-undang kecil bagi harta bersama terhad