Malaysia legislation
Section 72
Seksyen 72
(a)
unit syer bagi setiap petak;
(b)
keluasan lantai bagi setiap petak;
Pengurusan Strata 97
(c)
nama dan alamat tiap-tiap pemilik, dan jika pemilik itu bukan seorang pemastautin Malaysia, alamat di Malaysia yang pada alamat itu notis boleh disampaikan kepada pemilik itu; dan
(d)
nama dan alamat peguam cara yang bertindak bagi pemilik dalam penjualan dan pembelian petak itu, jika ada.
(2)
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(3)
Jika perbadanan pengurusan tidak mematuhi subseksyen (1), tiap-tiap anggota jawatankuasa pengurusan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(4)
Dalam prosiding terhadap anggota jawatankuasa pengurusan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (3), adalah menjadi suatu pembelaan jika anggota itu membuktikan bahawa—
(a)
kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan
(b)
dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Hak pemilik atau bakal pemilik