Malaysia legislation

Section 76

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 76

(2)

Saraan dan perbelanjaan bagi pentadbir hendaklah dipertanggungkan pada akaun penyenggaraan perbadanan pengurusan.

(3)

Pentadbir hendaklah, sehingga mengetepikan perbadanan pengurusan, mempunyai kuasa dan menjalankan kewajipan perbadanan pengurusan itu, atau mana-mana kuasa atau kewajipan itu sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), perbadanan pengurusan boleh memohon di bawah subseksyen (6) bagi pemecatan atau penggantian pentadbir itu.

(5)

Seseorang pentadbir apabila dilantik hendaklah dengan serta-merta memfailkan dengan Pesuruhjaya suatu salinan pejabat bagi perintah mahkamah yang membuat pelantikannya itu.

Pengurusan Strata 101

(6)

Mahkamah boleh, atas permohonan perbadanan pengurusan atau mana-mana orang atau badan yang berhak membuat permohonan di bawah subseksyen (1), memecat atau menggantikan pentadbir itu.

(7)

Jika suatu perintah mahkamah bagi pemecatan atau penggantian seseorang pentadbir telah diberikan kepada mana-mana orang, orang itu hendaklah dengan serta-merta memfailkan dengan Pesuruhjaya suatu salinan pejabat bagi perintah itu.

(8)

Atas apa-apa permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini, mahkamah boleh membuat apa-apa perintah bagi pembayaran kos sebagaimana yang difikirkannya patut.

Mendapatkan jumlah wang sebagai hutang yang kena dibayar kepada perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari

Section 76 — STRATA MANAGEMENT ACT 2013 | mylaw.my