Malaysia legislation
Section 87
Seksyen 87
(2)
Seseorang dianggap sebagai mempunyai kepentingan profesional atau kewangan di dalam mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi jika—
(a)
dia bertanggungjawab bagi reka bentuk atau pembinaan bangunan itu;
(b)
dia atau mana-mana penama, pegawai atau pekerjanya mempunyai apa-apa kepentingan material di dalam bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau mana-mana bahagian bangunan atau tanah itu;
(c)
dia ialah pekongsi atau bekerja dengan seseorang yang mempunyai apa-apa kepentingan material di dalam bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau mana-mana bahagian bangunan atau tanah itu; atau
(d)
dia atau keluarganya memegang apa-apa kepentingan di dalam bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak itu atau mana-mana bahagian daripada bangunan atau tanah itu sama ada secara langsung sebagai pemegang amanah atau selainnya.
Ejen pengurusan hendaklah menyerah simpan bon