Malaysia legislation
Section 89
Seksyen 89
Kuasa dan kewajipan ejen pengurusan
(2)
Tertakluk kepada arahan am Pesuruhjaya, ejen pengurusan yang dilantik hendaklah melaksanakan kewajipan dan menjalankan kuasa berkenaan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan seolah-olah dia bertindak sebagai pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Hendaklah menjadi kewajipan ejen pengurusan itu untuk membayar semua wang yang diterima olehnya atas sifatnya sebagai ejen pengurusan ke dalam akaun yang dinyatakan dalam subseksyen (1) bagi kawasan pemajuan itu dalam masa tiga hari bekerja daripada penerimaan wang itu.
(4)
Secepat yang dapat dilaksanakan selepas pelantikannya, tetapi dalam apa-apa hal tidak lebih daripada satu bulan selepas pelantikannya, seseorang ejen pengurusan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Pesuruhjaya suatu penyata yang menunjukkan setakat tarikh pelantikannya—
(a)
wang yang terdapat dalam kredit akaun penyenggaraan atau akaun kumpulan wang penjelas;
(b)
jumlah yang kena dibayar dan terhutang oleh pemunya petak atau pemilik yang hendaklah didepositkan ke dalam akaun penyenggaraan atau akaun kumpulan wang penjelas;
(c)
apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada harta bersama atau harta bersama terhad yang dicadangkan bagi kawasan pemajuan, yang hendaklah didepositkan ke dalam akaun penyenggaraan atau akaun kumpulan wang penjelas;
dan
(d)
apa-apa jumlah wang yang ditanggung bagi penyenggaraan dan pengurusan mana-mana bangunan atau tanah, yang dibenarkan dibayar daripada akaun penyenggaraan atau akaun kumpulan wang penjelas, dan yang masih tidak dibayar.
Undang-Undang Malaysia 110
Akta 757
(5)
Mana-mana ejen pengurusan yang tidak mematuhi subseksyen
(3)
atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Pemaju tidak dilepaskan daripada obligasinya untuk menjalankan pembaikan, dsb.