Malaysia legislation
Section 93
Seksyen 93
(2)
Suatu polisi kerosakan ertinya suatu kontrak insurans yang memperuntukkan, sekiranya bangunan dimusnahkan atau dirosakkan oleh kebakaran, kilat, letupan, pecahan atau limpahan tangki air atau paip, angin ribut dan apa-apa kejadian lain yang dinyatakan dalam polisi itu, bagi—
(a)
pembinaan semula bangunan itu atau penggantiannya oleh suatu bangunan yang serupa sekiranya ia telah musnah supaya tiap-tiap bahagian bangunan yang dibina semula atau bangunan gantian itu berada dalam keadaan yang tidak lebih teruk atau tidak kurang menyeluruh daripada bahagian itu atau keadaannya apabila bahagian itu adalah baharu;
(b)
pembaikan kerosakan kepada, atau pemulihan bahagian bangunan yang rosak sekiranya ia telah rosak tetapi tidak musnah, supaya bahagian yang dibaiki atau dipulihkan itu berada dalam keadaan yang tidak lebih teruk atau tidak kurang menyeluruh daripada bahagian itu atau keadaannya apabila bahagian itu adalah baharu;
(c)
pembayaran perbelanjaan yang dilakukan bagi pembuangan puing; dan
(d)
saraan arkitek dan orang lain yang perkhidmatannya adalah perlu yang bersampingan dengan pembinaan semula, penggantian, pembaikan atau pemulihan.
Pengurusan Strata 113
(3)
Suatu polisi kerosakan boleh memperuntukkan bahawa, sebagai gantian kerja dan pembayaran yang dijalankan atau dibuat apabila berlakunya apa-apa kejadian yang dinyatakan dalam subseksyen (2), liabiliti penanggung insurans, apabila berlakunya apa-apa kejadian itu, adalah terhad kepada suatu jumlah yang dinyatakan dalam polisi itu yang tidak kurang daripada penilaian bagi bangunan itu sebagaimana yang ditentukan dalam seksyen 94.
Jumlah yang perlu diinsuranskan