Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kewajipan pemaju semasa tempoh pengurusan pemaju adalah seperti yang berikut:
(a)
untuk menentukan dan mengenakan Caj yang hendaklah didepositkan ke dalam akaun penyenggaraan;
(b)
untuk menentukan dan mengenakan caruman kepada kumpulan wang penjelas yang hendaklah didepositkan ke dalam akaun kumpulan wang penjelas;
(c)
untuk mengambil insurans mengikut Akta ini;
(d)
untuk mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berkuasa awam yang berwibawa yang menghendaki pemberhentian apa-apa kacau ganggu ke atas harta bersama, atau memerintahkan pembaikan atau kerja lain yang hendaklah dilakukan berkenaan dengan harta bersama itu atau penambahbaikan lain kepada harta bersama itu;
Pengurusan Strata 27
(e)
untuk menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar bagi kesemua pemunya petak bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak;
(f)
untuk memastikan akaun-akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh pemaju di bawah Akta ini diaudit dan untuk menyediakan penyata kewangan teraudit bagi makluman kepada semua pembeli;
(g)
untuk menguatkuasakan undang-undang kecil; dan
(h)
untuk melakukan apa-apa benda lain yang suai manfaat atau perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama.
(3)
Kuasa pemaju semasa tempoh pengurusan pemaju adalah seperti yang berikut:
(a)
untuk memungut Caj daripada pemunya petak mengikut kadar unit syer yang diumpukkan bagi petak mereka masing-masing;
(b)
untuk memungut caruman kepada kumpulan wang penjelas daripada pemunya petak;
(c)
untuk membenarkan perbelanjaan bagi menjalankan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama;
(d)
untuk mendapatkan daripada mana-mana pemunya petak apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh pemaju berkenaan dengan petak itu dalam mematuhi apa-apa notis atau perintah yang disebut di bawah perenggan
(2)
; dan
(e)
untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini.
(4)
Semasa tempoh pengurusan pemaju—
(a)
pemaju hendaklah memastikan bahawa suatu kawasan yang berasingan dan berlainan dikhaskan daripada harta bersama kawasan pemajuan itu semata-mata bagi maksud suatu pejabat pentadbiran untuk menjalankan kewajipan pemaju di bawah Akta ini; dan
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 757
(b)
pemaju tidak boleh membuat apa-apa kontrak yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan sesuatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama di dalam kawasan pemajuan itu bagi apa-apa tempoh selepas habisnya tempoh pengurusan pemaju.
(5)
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen
(1)
, (2) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pemaju hendaklah menubuhkan akaun penyenggaraan