Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013

Seksyen 2

(a)

sama ada hanya keuntungan, atau kedua-dua keuntungan atau kerugian, yang hendaklah dikongsi antara orang yang membayar wang itu dan orang yang menerima wang itu;

atau

(b)

dengan atau tanpa apa-apa pulangan;

“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Perbankan Islam 1983

[Akta 276] dan Akta Takaful 1984 [Akta 312];

“aktuari yang dilantik” ertinya aktuari yang dilantik oleh pengendali takaful berlesen di bawah subseksyen 83(1) atau oleh Bank di bawah seksyen 84;

“anak” termasuklah anak tiri dan anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau mana-mana tempat di luar Malaysia, atau di bawah suatu adat yang diiktiraf oleh suatu golongan, kategori atau perihalan orang di dalam atau di luar Malaysia;

“anggota” berhubungan dengan suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan yang ialah—

(a)

suatu perbadanan, ertinya pemegang syer;

(b)

suatu koperasi, ertinya anggota dalam koperasi itu;

(c)

suatu perkongsian, ertinya pekongsi;

Perkhidmatan Kewangan Islam 25

(d)

mana-mana pertubuhan perbadanan lain mempunyai keanggotaan, ertinya suatu anggota pertubuhan itu; dan

(e)

suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah

*Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], ertinya suatu anggota pertubuhan itu;

“anuiti” ertinya hak kepada suatu siri pembayaran berkala dari kumpulan wang takaful pada lat tempoh satu tahun atau kurang di bawah suatu kontrak yang dibuat oleh seorang peserta takaful dengan pengendali takaful keluarga;

“anuiti pasti” ertinya suatu anuiti yang jangka masa pembayaran berkala adalah ditentukan terlebih dahulu dan tidak bergantung kepada mati atau hidupnya peserta takaful itu;

“arahan pembayaran” atau “arahan penyelesaian” berhubungan dengan suatu sistem pembayaran, termasuklah suatu arahan untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan transaksi mengenai dana atau sekuriti, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“badan berkanun” ertinya mana-mana pihak berkuasa atau badan, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk oleh mana-mana undang-undang bertulis, tetapi tidak termasuk mana-mana pihak berkuasa tempatan;

“Bank” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009

[Akta 701];

“bank Islam antarabangsa berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam antarabangsa;

“bank Islam berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam dan termasuklah suatu bank Islam antarabangsa berlesen;

*CATATAN—Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] telah disemak dan dinamakan sebagai Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] yang mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2021.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

“berkaitan” berhubungan dengan suatu perbadanan, ertinya berkaitan mengikut pengertian seksyen 6 *Akta Syarikat 1965

[Akta 125];

“broker takaful” ertinya seorang yang, sebagai kontraktor bebas, menjalankan perniagaan pembrokeran takaful dan termasuklah broker takaful semula;

“broker takaful yang diluluskan” ertinya seorang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan perniagaan pembrokeran takaful;

“buku” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965;

“deposit Islam” ertinya sejumlah wang yang disetuju terima atau dibayar mengikut Shariah—

(a)

atas terma yang di bawahnya ia akan dibayar balik sepenuhnya, dengan atau tanpa perolehan, pulangan atau apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang lain, sama ada dituntut atau pada masa atau dalam hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menyetuju terimanya; atau

(b)

di bawah suatu perkiraan, atas terma yang hasil di bawah perkiraan itu akan dibayar kepada orang yang membayar jumlah wang itu tidak kurang daripada jumlah wang sedemikian, tetapi tidak termasuk wang yang dibayar secara bona fide—

(i)

sebagai pendahuluan atau pembayaran sebahagian di bawah suatu kontrak jualan, sewaan atau penyediaan harta atau perkhidmatan lain, dan hanya boleh dibayar balik sekiranya harta atau

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Perkhidmatan Kewangan Islam 27

perkhidmatan itu tidak sebenarnya dijual, disewa atau disediakan selainnya;

(ii)

sebagai jaminan bagi pelaksanaan suatu kontrak atau sebagai jaminan berkenaan dengan apa-apa kerugian yang boleh disebabkan oleh ketidaklaksanaan suatu kontrak;

(iii)

tanpa mengehadkan perenggan (ii), sebagai jaminan bagi penghantarserahan atau pemulangan apa-apa harta, sama ada dalam keadaan baik tertentu atau selainnya; dan

(iv)

dalam apa-apa hal keadaan lain, atau kepada atau oleh mana-mana orang lain, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2;

“ditentukan” ertinya untuk menentukan secara bertulis melalui standard atau apa-apa bentuk lain, dan suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam yang berlainan;

“ditetapkan” ertinya untuk ditetapkan melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam yang berlainan;

“dokumen” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan termasuklah buku;

“dokumen konstituen” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara

Malaysia 2009;

“ejen takaful” ertinya seorang yang melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(a)

mensolisit atau mendapatkan cadangan bagi sijil takaful bagi pihak pengendali takaful;

(b)

menawarkan atau mengambil alih untuk bertindak bagi pihak pengendali takaful dalam merundingkan suatu sijil takaful; atau

(c)

melakukan apa-apa tindakan lain bagi pihak pengendali takaful berhubungan dengan pengeluaran, pembaharuan atau penerusan suatu sijil takaful;

“Gabenor” dan “Timbalan Gabenor” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang diberikan kepada mereka dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009;

“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih, sama ada ketara atau tidak ketara dan termasuklah—

(a)

apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubungan dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;

(b)

apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta tak alih yang orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya atau yang memiliki atau yang padanya orang itu berhak kepada suatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan kepentingan atau bagi apa-apa kepentingan yang kurang;

(c)

apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa stok, syer dan dana;

(d)

apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa nota bank, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, cek dan perakuan deposit boleh niaga; atau

Perkhidmatan Kewangan Islam 29

(e)

apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi, resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain bagi menjamin pembayaran atau penjelasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada sekarang atau masa hadapan atau sama ada terletak hak atau kontingen;

“iklan” ertinya penyebaran atau penyampaian maklumat, pelawaan atau pensolisitan dengan apa-apa cara atau dalam apa-apa bentuk termasuk komunikasi lisan atau bertulis dengan cara cetakan, elektronik atau apa-apa media lain;

“individu” ertinya orang sebenar;

“institusi asing” ertinya suatu syarikat asing, yang bukan orang yang diberi kuasa, yang menjalankan apa-apa perniagaan di luar Malaysia yang bersamaan, atau yang serupa, dengan perniagaan mana-mana orang yang diberi kuasa, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pejabat wakil yang diluluskan;

“institusi perantaraan” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank, dan dinamakan sebagai suatu institusi perantaraan di bawah subseksyen 188(1);

“instrumen pembayaran Islam” ertinya apa-apa instrumen, sama ada yang ketara atau tidak ketara, yang tidak melibatkan apa-apa elemen yang bertentangan dengan Shariah, yang membolehkan seorang memperoleh wang, barangan atau perkhidmatan atau untuk membuat apa-apa pembayaran;

“instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan” ertinya suatu instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan sebagai suatu instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan di bawah seksyen 41;

“jawatankuasa Shariah” ertinya jawatankuasa Shariah suatu institusi yang ditubuhkan menurut seksyen 30;

“kemudahan pembiayaan” ertinya—

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(a)

pemberian apa-apa pendahuluan atau kemudahan lain tidak kira dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua namanya disebut;

(b)

pemberian suatu jaminan; atau

(c)

apa-apa urus niaga atau transaksi yang lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 4, yang dibuat mengikut Shariah yang hendaklah termasuk, dan boleh dalam bentuk, apa-apa perkiraan jualan atau pembelian, perkiraan usaha sama, jualan pembayaran tertangguh, perkiraan kongsi pulangan atau perkiraan kewangan yang lain;

“kepentingan dalam syer” hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3;

“ketua pegawai eksekutif” berhubungan dengan—

(a)

suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, ertinya individu, walau bagaimanapun digelar, yang, sama ada secara individu atau secara bersesama dengan satu atau lebih orang lain, bertanggungjawab di bawah kuasa pengarah, bagi penjalanan perniagaan dan pentadbiran pertubuhan itu; atau

(b)

seorang yang diberi kuasa yang ditubuhkan sebagai suatu cawangan di Malaysia, ertinya seorang pegawai yang terutamanya bertanggungjawab bagi perniagaan cawangan itu di Malaysia;

“komputer” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950;

“koperasi” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Koperasi 1993 [Akta 502];

“kumpulan kewangan” ertinya syarikat pemegangan kewangan dan suatu kumpulan perbadanan berkaitan di bawah syarikat pemegangan kewangan itu yang terlibat terutamanya dalam perkhidmatan kewangan atau dalam perkhidmatan lain yang berkaitan dengan atau

Perkhidmatan Kewangan Islam 31

bagi maksud perkhidmatan kewangan itu yang termasuklah sekurang-kurangnya satu orang berlesen;

“kumpulan perbadanan” ertinya suatu kumpulan perbadanan yang berkaitan antara satu dengan lain;

“kumpulan wang takaful” ertinya suatu kumpulan wang takaful yang ditubuhkan dan disenggarakan di bawah seksyen 90 dan berkenaan dengan perniagaan takaful yang disebut dalam seksyen 8 dan 26, ertinya apa-apa kumpulan wang yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi tujuan perniagaan takaful itu;

“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 10;

“liabiliti” termasuklah hutang atau tiap-tiap jenis tanggungan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontinjen;

“Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah mengenai kewangan Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 51

Akta Bank Negara Malaysia 2009;

“manfaat takaful” termasuklah apa-apa manfaat, sama ada berupa wang atau tidak, yang boleh di bayar di bawah suatu sijil takaful;

“mata wang asing” ertinya apa-apa mata wang selain ringgit;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang” termasuklah individu, mana-mana perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan;

“orang berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan suatu perniagaan berlesen;

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

“orang yang diberi kuasa” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 atau yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan suatu perniagaan yang dibenarkan;

“orang yang dilindungi” ertinya peserta takaful atau orang lain yang berkenaan dengannya peserta takaful itu membuat kontrak takaful dan berkenaan dengannya manfaat takaful boleh dibayar kepada peserta takaful itu atau benefisiarinya apabila berlaku kejadian yang dipersetujui terdahulu di bawah kontrak takaful;

“orang yang diluluskan” ertinya seorang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan suatu perniagaan yang diluluskan;

“output komputer” ertinya suatu penyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau yang lain—

(a)

dikeluarkan oleh suatu komputer;

(b)

ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau

(c)

diterjemahkan dengan tepat daripada suatu penyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;

“pasaran tukaran asing Islam” ertinya suatu pasaran tukaran asing yang transaksi, instrumen atau operasi adalah tidak bertentangan dengan Shariah;

“pegawai” berhubungan dengan suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, termasuklah mana-mana pekerja atau ketua pegawai eksekutif pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu;

“pegawai kanan” ertinya seorang, selain ketua pegawai eksekutif atau pengarah, yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk merancang, mengarah atau mengawal aktiviti orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan termasuk ketua pegawai operasi, anggota jawatankuasa pembuat keputusan dan orang lain yang menjalankan fungsi penting seperti pengurusan risiko, pematuhan, audit dalaman atau fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah

Perkhidmatan Kewangan Islam 33

seksyen 57, tetapi tidak termasuk seorang anggota jawatankuasa

Shariah;

“pejabat” merujuk kepada suatu tempat di mana atau yang apa-apa perniagaan mana-mana orang dijalankan, termasuk ibu pejabat di Malaysia, atau mana-mana pejabat lain, suatu cawangan, suatu agensi (kecuali agensi takaful dalam hal pengendali takaful berlesen), suatu tempat perniagaan bergerak, suatu tempat perniagaan diadakan dan disenggarakan hanya bagi satu tempoh terhad sahaja atau suatu terminal elektronik;

“pejabat wakil yang diluluskan” ertinya suatu pejabat wakil di Malaysia bagi institusi asing yang diluluskan oleh Bank di bawah subseksyen 17(4);

“pemberikuasaan” ertinya pemberian suatu lesen di bawah seksyen 10 atau pemberian suatu kelulusan di bawah seksyen 11;

“pemohon” ertinya—

(a)

dalam

Bahagian

III dan