Malaysia legislation

Section 10

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 10

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta—

(a)

menetapkan kadar cukai yang hendak dikenakan ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan atau ke atas pengimportan barang; dan

(b)

mengubah atau meminda kadar cukai yang ditetapkan di bawah perenggan (a).

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah, pada mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya, dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan hendaklah, apabila habis tempoh satu ratus dua puluh hari dari tarikh perintah itu dibentangkan atau dari apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diarahkan oleh Dewan Rakyat melalui ketetapan, terhenti berkuat kuasa jika dan setakat yang ia tidak disahkan oleh ketetapan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam masa satu ratus dua puluh hari tersebut atau, jika tempoh itu telah dilanjutkan, dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan itu.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 25 6/19/14 5:54:31 PM

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 762

(4)

Jika suatu perintah terhenti berkuat kuasa secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), apa-apa cukai yang telah dikenakan dan dilevikan menurut perintah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi apa-apa bahagian perintah itu yang terhenti berkuat kuasa hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (5) dan (6), kena dibayar balik kepada orang yang membayar cukai itu.

(5)

Melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya, tiada cukai yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (4) boleh dibayar balik, melainkan jika orang yang membayar cukai itu membuat tuntutan secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu terhenti berkuat kuasa secara keseluruhannya atau sebahagiannya dan tuntutan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh

Ketua Pengarah.

(6)

Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau menolak apa-apa cukai yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (4) setakat yang pembayaran balik itu akan secara tidak patut mengayakan orang yang membayar cukai itu.

Masa pembekalan