Malaysia legislation

Section 11

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 11

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (4), (5), (6) dan (7), masa pembekalan barang hendaklah—

(a)

pada masa pengalihan barang itu jika barang itu hendak dialihkan;

(b)

pada masa barang itu tersedia kepada orang yang barang itu dibekalkan kepadanya jika barang itu tidak dialihkan;

(c)

jika barang, yang dihantar atau diambil dengan kelulusan atau jualan atau dipulangkan atau terma yang serupa dengannya, dialihkan sebelum diketahui sama ada pembekalan bercukai akan berlaku, pada masa ia menjadi pasti bahawa pembekalan bercukai itu telah berlaku atau dua belas bulan selepas pengalihan itu, mengikut yang mana-mana terdahulu.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 26 6/19/14 5:54:31 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 27

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (4), (5), (6) dan (8), masa pembekalan perkhidmatan hendaklah pada masa perkhidmatan itu dilaksanakan.

(4)

Jika, sebelum masa yang terpakai di bawah subseksyen (2)

atau (3), orang yang membuat pembekalan mengeluarkan suatu invois cukai berkenaan dengan pembekalan itu atau jika, sebelum masa yang terpakai di bawah perenggan (2)(a) atau (b) atau subseksyen (3), dia menerima pembayaran berkenaan dengan pembekalan itu, pembekalan itu hendaklah, setakat yang diliputi oleh invois atau pembayaran itu, dikira sebagai berlaku pada masa invois itu dikeluarkan atau pembayaran itu diterima, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau mengikut yang mana-mana terdahulu.

(5)

Jika, dalam tempoh dua puluh satu hari selepas masa yang terpakai di bawah subseksyen (2) atau (3), orang yang membuat pembekalan mengeluarkan suatu invois cukai berkenaan dengan pembekalan itu, maka, pembekalan itu hendaklah, setakat yang pembekalan itu tidak dikira sebagai berlaku pada masa yang disebut dalam subseksyen (4) hendaklah dikira sebagai berlaku pada masa invois itu dikeluarkan.

(6)

Atas permintaan yang dibuat secara bertulis oleh orang kena cukai, Ketua Pengarah boleh secara bertulis, sebagaimana yang difikirkannya patut, mengubah masa pembekalan yang dibuat oleh orang kena cukai dikira sebagai telah berlaku.

(7)

Jika ada pembekalan barang semata-mata oleh sebab pindah hakmilik atau pelupusan aset perniagaan di bawah subperenggan 5(1) Jadual Pertama, masa pembekalan ialah pada masa barang itu dipindah hakmilik atau dilupuskan.

(8)

Jika ada pembekalan perkhidmatan semata-mata menurut kuasa subperenggan 5(3) Jadual Pertama, masa pembekalan ialah pada masa barang itu diuntukkan bagi penggunaan yang disebut dalam subperenggan itu.

(9)

Walau apa pun subseksyen (1), (2), (3), (4), (5), (6), (7)

dan (8), jika ada—

(a)

pembekalan barang atau perkhidmatan bagi suatu balasan yang keseluruhannya atau sebahagiannya ditentukan atau kena dibayar secara berkala, atau dari semasa ke semasa, atau pada akhir apa-apa tempoh;

Akta 762 Teks 1 BM.indd 27 6/19/14 5:54:31 PM

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 762

(b)

pembekalan barang bagi suatu balasan yang keseluruhannya atau sebahagiannya ditentukan pada masa barang itu diuntukkan bagi apa-apa maksud;

(c)

p e m b e k a l a n p e r k h i d m a t a n m e n u r u t k u a s a subperenggan 5(3) Jadual Pertama bagi suatu tempoh masa;

(d)

pembekalan barang atau perkhidmatan di bawah apa-apa hal keadaan yang ditetapkan, masa yang pembekalan itu dibuat dalam penjalanan urusan atau penerusan apa-apa perniagaan di Malaysia hendaklah ditentukan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(10)

Bagi mana-mana hal yang disebut dalam subseksyen (9), peraturan-peraturan itu boleh memperuntukkan supaya barang atau perkhidmatan itu dikira sebagai dibekalkan secara berasingan dan berturutan pada masa atau lat tempoh yang ditetapkan.

(11)

Seksyen ini tidak terpakai bagi subseksyen 183(2) dan (4).

Tempat pembekalan