Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Jika pembekalan apa-apa barang melibatkan pengalihannya dari suatu tempat di Malaysia ke suatu tempat yang lain di Malaysia, barang itu hendaklah dikira sebagai dibekalkan di Malaysia jika barang itu berada di Malaysia dan jika pembekalan barang itu melibatkan pengalihannya dari suatu tempat di luar Malaysia ke suatu tempat yang lain di luar Malaysia, barang itu hendaklah dikira sebagai dibekalkan di luar Malaysia.
(3)
Jika pembekalan apa-apa barang melibatkan pengalihannya dari suatu tempat di Malaysia ke suatu tempat di luar Malaysia, barang itu hendaklah dikira sebagai dibekalkan di Malaysia dan jika pembekalan barang itu melibatkan pengalihannya dari suatu tempat di luar Malaysia ke suatu tempat di Malaysia, barang itu hendaklah dikira sebagai dibekalkan di luar Malaysia.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 28 6/19/14 5:54:31 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 29
(4)
Suatu pembekalan perkhidmatan hendaklah disifatkan sebagai dibuat—
(a)
di Malaysia, jika pembekalnya berada di Malaysia; dan
(b)
di negara yang lain, jika pembekalnya berada di negara yang lain itu.
Pembekalan perkhidmatan diimport