Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Jika penerima ialah orang kena cukai, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai baginya mengenai pembekalan perkhidmatan diimport itu.
(3)
Jika penerima ialah seseorang yang selain orang kena cukai, cukai hendaklah dikenakan ke atas pembekalan perkhidmatan diimport itu dan dia hendaklah bertanggungan bagi apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar ke atas pembekalan itu.
(4)
Walau apa pun seksyen 11 dan bagi maksud subseksyen (1), masa pembekalan perkhidmatan diimport hendaklah, setakat yang diliputi oleh apa-apa pembayaran oleh penerima, hendaklah dikira sebagai dibuat apabila bekalan itu dibayar.
(5)
Walau apa pun subseksyen (1), apabila barang diimport ke Malaysia di bawah suatu perjanjian pajakan daripada orang yang tempatnya bukan di Malaysia, cukai hendaklah dikenakan ke atas barang itu.
Tempat beradanya pembekal perkhidmatan