Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(2)
Jika pembekalan adalah bagi suatu balasan wang, nilai pembekalan itu hendaklah diambil sebagai suatu amaun, dengan tambahan cukai yang dikenakan, yang bersamaan dengan balasan itu.
(3)
Jika pembekalan adalah bagi suatu balasan bukan wang, nilai pembekalan itu hendaklah diambil sebagai suatu amaun, dengan tambahan cukai yang dikenakan, bersamaan dengan nilai pasaran terbuka bagi balasan itu.
(4)
Jika pembekalan adalah bagi suatu balasan yang bukan keseluruhannya wang, nilai pembekalan itu hendaklah diambil sebagai suatu amaun, dengan tambahan cukai yang dikenakan, yang bersamaan dengan agregat—
(a)
setakat yang pembekalan itu adalah bagi suatu balasan wang, amaun wang itu; dan
(b)
setakat yang pembekalan itu bukan bagi balasan wang, nilai pasaran terbuka bagi balasan itu.
(5)
Jika pembekalan adalah bukan bagi suatu balasan, nilai pembekalan itu hendaklah diambil sebagai suatu amaun, dengan tambahan cukai yang dikenakan, bersamaan dengan nilai pasaran terbuka bagi pembekalan itu.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 30 6/19/14 5:54:31 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 31
(6)
Jika pembekalan adalah bukan semata-mata perkara yang dengannya suatu balasan wang adalah berhubungan, pembekalan itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian balasan sebagaimana yang balasan itu boleh dihubungkaitkan dengan sewajarnya dengan pembekalan itu.
(7)
Bagi maksud seksyen ini, nilai pembekalan hendaklah termasuk duti eksais yang dibayar atau yang hendaklah dibayar jika terpakai.
(8)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Ketiga dan memperuntukkan bagi penentuan nilai pembekalan selain mengikut seksyen ini.
(9)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (8)
hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
Nilai barang yang diimport