Malaysia legislation

Section 16

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 16

Nilai barang yang diimport ke Malaysia hendaklah jumlah amaun yang berikut, iaitu—

(a)

nilai barang bagi maksud duti kastam yang ditentukan mengikut Akta Kastam 1967;

(b)

amaun duti kastam, jika ada, yang dibayar atau yang hendaklah dibayar ke atas barang itu; dan

(c)

amaun duti eksais, jika ada, yang dibayar atau yang hendaklah dibayar ke atas barang itu.

Pembekalan berkadar sifar